in

[VIDEO] Suami Hadiahkan Isteri Kereta Mazda3, Tapi Aksi & ‘Outfit’ Pasangan Ini Yang Jadi Perhatian…

Fi Bagi Kereta Mazda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi setiap suami, mesti ada keinginan untuk membuatkan pasangannya itu selalu bahagia. Tidak kiralah dari segi bawa bercuti, beli barangan dimahukan isteri, mahupun berikan hadiah yang tak dijangka oleh mereka.

Walaupun tak diminta oleh mereka, tapi untuk memastikan mereka tetap bahagia dan tersenyum itu adalah keutamaan para suami.


 

Suami hadiahkan isteri kereta Mazda

Baru-baru ini, sebuah video tentang aksi suami menghadiahkan kereta mewah kepada isteri tercintanya itu menjadi viral disebabkan aksi mereka yang boleh dikatakan cute.

Menerusi posting yang dibuat oleh @tiara_mariana, dia yang bekerja di sebuah pusat pameran Mazda di Johor kereta itu menunjukkan telatah pasangan suami isteri ini selepas membeli kereta di sana.

Menurut Tiara, seorang pelanggan lelaki ini ingin membuat kejutan untuk isterinya dengan membelikan kereta baru sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Bagi Kereta Mazda 1

Dalam video tersebut, si isteri nyata terkejut selepas melihat kereta yang dihadiahkan oleh suaminya itu. Wanita berkenaan terus menjerit gembira dan memeluk suaminya sebab masih tak percaya. Awhhhhh

Bukan tu saja, wanita berkenaan sempat berseloroh mengatakan kereta tersebut sangat mewah sebab tujuannya hanya untuk hantar anak ke sekolah.

“Takkan lah kereta ni.. Nak hantar anak pergi sekolah je”

Terus si isteri hidupkan enjin dan ketawa sebab terlalu teruja dengan kereta Mazda 3 berwarna Soul Red Crystal yang menyinar itu.

@tiara_mariana

Thankyou for ur Trust n Support me Again 😎✔️ #MazdaJohor #MazdaMalaysia #Mazda3

♬ This Love – 다비치

 

“Rilek je memasing pakai baju pun simple2” 

Sebalik telatah suami isteri itu yang menjadi perhatian, rata-rata netizen memuji pemakaian mereka yang tak show off sewaktu berada di pusat pameran kereta mewah itu.

Di ruangan komen ada yang memuji walaupun berpakaian simple, tapi hasil yang diberikan itu penting. Selain itu juga, ramai yang turut seronok melihat pasangan berkenaan selepas melihat usaha si suami yang ingin isterinya bahagia.

Reak Bagi Kereta Mazda 3 Edit Reak Bagi Kereta Mazda 2 Edit Reak Bagi Kereta Mazda 1 Edit Reak Bagi Kereta Mazda 4 Edit

Comel je tengok pasangan macam ni, yang penting hidup sentiasa bertolak ansur dan bahagia.

 

Baca : “Tiba-tiba mata masuk habuk” -Isteri Sebak, Suami Buat Kejutan Sambut Hari Jadi Di Rumah Anak-anak Yatim

Foot Bagi Kereta Mazda

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.