Satu video viral di media sosial sekarang berkenaan dengan seorang kakitangan klinik mengamuk dekat pelanggan sampai tendang kereta sorong bayi telah mengundang kritikan netizen.
Video yang dikongsikan menerusi satu laman Facebook Wake Up, Singapore sejak Isnin (18 April) lepas itu memperlihatkan 2 orang wanita sedang bertengkar sementara budak lelaki yang dipercayai anak kepada salah satu wanita tersebut minta mereka berhenti bergaduh.
Staff mengamuk dekat pelanggan
https://www.facebook.com/watch/?v=681105169612143
Seperti yang diperkatakan, ia mengundang rasa bengang netizen apabila melihat kelakuan wanita tersebut, sampaikan ada yang tunjukkan klinik tersebut kini dah dapat banyak rate 1 bintang dekat Google.
https://www.tiktok.com/@llllllllllllllll11111i/video/7087937997269765378?_t=8Rd5kN1Xmfh&_r=1
Pelanggan tu yang sebenarnya biadap?
Walaubagaimanapun, sumber ada tunjuk satu lagi video sebelum berlakunya kes ‘pergaduhan’ itu. Video berdurasi 41 saat itu menunjukkan kejadian itu berlaku di sebuah klinik di Bukit Katok, Singapura.
Dalam video itu dilihat mereka sedang berkomunikasi sebelum pelanggan itu lemparkan kertas kepada kakitangan tersebut, sebelum keluar dari klinik tersebut, si ibu ada tepis risalah yang ada di atas meja.
Malah, dilihat juga si ibu itu lempar satu kad kepada kakitangan tersebut, dia yang dah tak tahan rasa marah, mula lawan dengan mengancam pelanggan tersebut untuk lemparkan satu objek kepadanya sebelum kakitangan tersebut ikut pelanggan dan anaknya keluar, maka terjadilah insiden tersebut…
Dalam kejadian tersebut The Independent melaporkan bahawa si anak merayu sambil berusaha untuk meleraikan namun mereka berdua bertekak.
“Kenapa biadap sangat dengan pelanggan? Saya tak faham.”
“Jangan, mak, tolong jangan”, kata anaknya lepas pelanggan ugut nak hubungi polis.
Selepas melihat kedua-dua video tersebut, ada netizen perhatikan bahawa si pelanggan itu tiba-tiba berubah jadi lemah lembut apabila menyedari perbuatan mereka sedang dirakam.
Sumber juga ada menyatakan bahawa kejadian ini difahamkan berpunca daripada isu MC. Bagaimanapun, pihak klinik tersebut telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
https://www.facebook.com/EverhealthLeQuest/posts/3200394180179095
Melihat kejadian tersebut, kedua-dua belah pihak telah dikecam teruk, kakitangan tersebut patut bersikap sabar dan profesional kerana bekerja dalam bidang hospitaliti sementara pelanggan pula perlu ada sikap kerjasama dan perlu jadi teladan baik kepada anaknya.
Baca : Viral Kak Long Mengamuk & Minta Maaf Lepas Kena Kecam, Wakil 7E Dedah Kejadian Sebenar!