in

[VIDEO] ‘Sidai’ Orang Belakang, Wanita Sempat Bersembang Lepas Isi Minyak Tanpa Alihkan Kereta

Ft Kereta Pump Minyak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di Facebook, memaparkan situasi di sebuah stesen minyak yang telah dikongsikan oleh seorang pemuda.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat seorang wanita yang sedang mengisi minyak keretanya namun, selepas itu dia terus meninggalkan keretanya untuk melakukan perkara lain dan membiarkan pengguna lain menunggu di belakang.


“Alahai kakak. Nak basuh tangan ke, kaki ke. Alih la kereta dulu. Ni siap pergi bersembang dengan member lagi. Kesian kawan tunggu nak isi minyak,” ujarnya.

Menurut sumber, pemuda tersebut meluahkan rasa kesal dengan tindakan wanita tersebut yang membuatkan dia tertunggu-tunggu serta menyifatkan perbuatan itu seperti menyusahkan orang lain.

“Apalah salahnya di buang sekejap sikap sombong tu, alihkan dulu kereta, mudahkan urusan orang, mudahan Allah mudahkan urusan kita. Dah la terkial-kial. Angkat tangan pun tak,” tulisnya.

Screenshot 13 3

Susulan kejadian itu, wanita tersebut juga dilihat seolah-olah tidak bersalah dan tidak memikirkan orang di belakangnya sebelum masuk ke dalam keretanya dan pergi begitu sahaja.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang berpendapat bahawa wanita itu sebenarnya pergi untuk mengambil baki wangnya selepas mengisi minyak.

“Tu belum masuk pergi beli Tealive, order McD. Geram betul orang perangai macam ni” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang terhadap sikap wanita tersebut dan ada juga warganet yang berkongsi cerita mereka menghadapi situasi yang sama seperti dalam video berkenaan.

Screenshot 8 2

Hmm patut peka dengan keadaan sekeliling kalau dekat tempat awam..

Sumber : Facebook, Kosmo!

Baca : “Make sure kunci kereta” – [VIDEO] Polis Buru Individu Samun Di Stesen Minyak Cheras

Samun Stesen Minyak 1 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.