in

[VIDEO] Sempena Hari Ibu, Anak Hadiahkan Cincin Emas Hasil Kumpul Duit Jual Jajan

Ft Anak Beli Cincin Buat Ibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai anak, pasti kita hajatkan untuk balas jasa ibu kita yang telah membesarkan kita, rasa terharu dan cemburu pun ada apabila melihat kegigihan daripada seorang kanak-kanak dari Thailand ini.

Berdasarkan satu video dari TikTok, kanak-kanak ini menggunakan duit syiling yang dia dah kumpul untuk menghadiahkan ibunya sebentuk cincin emas.


 

Beli cincin pakai duit syiling

Menurut pemilik video zumo4422, dia mengatakan bahawa kanak-kanak ini menggunakan hasil duit menjual snek dan ke kedai barangan kemas tersebut kerana ternampak iklan di TikTok yang kedai tersebut menerima pembelian menggunakan duit syiling.

“Budak ini menyimpan wang dalam peti besi kecil untuk membeli emas untuk ibunya. Dia kata dia nampak kat TikTok kedai ni terima duit syiling, jadi dia ajak mak dia datang sini. Luar biasa.”

Screenshot 2023 05 17 131102 Screenshot 2023 05 17 131125

Dalam video tersenut, kanak-kanak itu membuka peti besinya mengeluarkan semua syiling dalam guni plastik kecil. Kakitangan kedai emas kemudian mempamerkan barangan mereka kepada budak lelaki itu sambil dia memilih cincin emas untuk ibunya mencuba.

Selepas cincin itu ditimbang, budak kecil itu kemudian dengan gembira menyarungkan cincin itu ke jari ibunya.

Menurut sumber, kanak-kanak yang masih sekolah rendah itu adalah peniaga, dia telah bekerja keras untuk menjual ‘kanom pang ping’, makanan ringan roti bakar Thai, untuk kumpul dan menjimatkan wang yang dibelanjakan untuk membeli cincin itu.

@zumo4422

น้อง ป.1 เก็บเงินใส่ตู้เซฟน้อยมาซื้อทองให้คุณแม่บอกว่าเห็นใน Tiktok ร้านนี้รับเหรียญเลยชวนคุณแม่มา เก่งมากเลยค้าบ👏🏻❤️ #ห้างทองพุทธศิลป์ช่างทองเสริมไทยคอมเพล็กซ์ #นักเรียนซื้อทองให้แม่ #ทองแท้เยาวราช#fyp#อย่าปิดกั้นการมองเห็น

♬ เสียงต้นฉบับ – แตงโม คนรักควาย🐃 – แตงโม คนรักควาย

Kecil-kecil lagi dah pandai balas budi ibu, mudah-mudahan bila dah besar nanti jadi anak yang baik dan balas jasa dengan lebih besar lagi, semoga kita juga boleh lakukan perkara yang sama dekat ibu kita. Amin.

Baca : Ibu Bapa Minta Anak Buat ‘Loan’ RM50k Untuk Balas Jasa Mereka, Luahan Ini Buat Ramai Simpati

Cats 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.