in

[VIDEO] Seminggu Diabai Suami, Wanita Nekad Jalan Kaki Sambil Dukung Anak 2 Jam Untuk Balik Rumah Mak

ft ibu jalan kaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang wanita yang kelihatan sedang berjalan kaki sehelai sepinggang seorang diri sambil mendukung anaknya yang masih kecil.

Menerusi video tersebut, pemilik akaun TikTok itu memberitahu dia ternampak seorang wanita itu sedang berjalan kaki di tepi jalan raya kawasan Gambang, Pahang.


Oleh kerana tak sanggup melihat situasi menyentuh hati itu, Noorjanah dan suami memutuskan untuk berpatah balik demi menumpangkan wanita berkenaan.

@noorjanahibrahim

:Allah terjumpa kakak ni otway dari kuantan ke jengka , masa ni dekat gambang , dia kata dah jalan kaki 2 jam dukung anak , masa offer dia naik , dia mmg tengah nagis, Dia xbanyak cakap terus terima pelawaan aku nak hantar dia . Sedihnye tgok anak dia masih kecil , dia orang asli , tapi ni kira asli moden , dia mana masuk hutan dah , so dia kta masa jalan takut jugak kiri kanan hutan xdek perumahan langsung. Aku xboleh weh tgok kalo ada anak2 kecik ni.?

♬ bunyi asal – Noorjanah Ibrahim – Noorjanah Ibrahim

“Allah terjumpa akak ni ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Jengka. Dia kata sudah jalan kaki dua jam dukung anak.”

“Masa tawarkan dia naik (kereta), dia memang tengah menangis. Dia tak banyak cakap terus terima pelawaan saya nak hantar dia,” tulisnya.

Setelah masuk ke dalam kereta, wanita itu menceritakan bahawa dia sedang menghadapi masalah rumah tangga dan suaminya sudah mengabaikan dia dan anak sejak seminggu lalu.

Screenshot 4 2

Difahamkan, dia sudah berjalan kaki selama dua jam sebelum diberi tumpang dan memberitahu bahawa dia mahu pulang ke rumah ibunya yang terletak di Paya Bungur.

Menurut semakan maps, jarak dari Gambang ke Paya Bungur adalah 23.7 kilometer yang bermakna jika tiada siapa yang menumpangkan wanita tersebut, dia perlu terus berjalan hampir lima jam untuk sampai ke destinasinya itu.

Setibanya di destinasi dituju, Noorjanah menurunkan wanita itu dan anaknya di sebuah simpang yang menuju ke rumah ibunya itu seperti yang diminta.

Apa kata netizen?

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih dengan Noorjanah dan suami yang sanggup berpatah balik demi menumpangkan wanita tersebut dan ada juga warganet yang bersimpati kepada wanita yang terpaksa mendukung anaknya sambil berjalan kaki itu.

Screenshot 3 2

Dia nekad sampai sanggup jalan kaki dukung baby tu, betul orang kata jadi ibu ni bukan satu benda yang senang..

Baca : [VIDEO] Diejek Rakan Sebab Rambut Kembang, Ibu Sanggup Cari Duit Lebih Bawa Anak Ke Salun

ibu bawa anak salun 728x383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.