Malam tadi, Ceramah Mega di Muar, Johor yang dibarisi kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menjadi kecoh apabila sekumpulan ‘Mat Motor’ telah membuat gangguan.
Lapor Berita Harian, gangguan tersebut telah berlaku ketika Presiden MUDA, Syed Saddiq sedang menyampaikan ucapan.
‘Mat Motor’ provok Syed Saddiq
Dalam video yang tular di media sosial, kelihatan kumpulan itu sedang main ‘press motor’ saat ucapan sedang berlangsung.
A group of bikers were provoking @SyedSaddiq while he was delivering his speech at Ceramah Mega Muar in #Johor. #PRU15 #GE15 pic.twitter.com/LqITBxmLaF
— Ravin Palanisamy (@RavinP_69) October 16, 2022
Dalam video seterusnya, sekumpulan individu tersebut masuk ke kawasan ceramah dan buat kecoh namun kedengaran Syed Saddiq seperti mengendahkan golongan-golongan itu dengan mengatakan..
“Saya tak ada masa nak lawan mereka, kerana saya disini nak bela orang Muar, bukan membiarkan mereka susah dan sengsara, tak apa biarkan.”
Dalam pada itu, beliau turut menasihati mereka supaya jangan mudah gadaikan maruah sehingga sanggup bergelar pencacai.
“Kepada anak-anak muda di luar sana, jangan jadi pencacai. Ini negara kita, bela masa depan ayah, pak cik, mak cik kamu. Sampai bila kita nak dibeli? Sampai bila kita nak jual maruah kita? Ini negara kita. Ini Muar!”
Chaos erupts while @SyedSaddiq was delivering his speech at Ceramah Mega #Muar, #Johor #PRU15 #ge15 pic.twitter.com/uzUz8HlQ2D
— Ravin Palanisamy (@RavinP_69) October 16, 2022
Bagaimanapun, ceramah tersebut masih diteruskan dan tiada perkara yang tak diingini berlaku kerana pihak polis dan sukarelawan program ceramah yang bertugas di lapangan dapat mengawalnya.
Kejadian tersebut telah mendatangkan pelbagai reaksi netizen, namun majoriti mengecam dengan tindakan kumpulan tersebut. Bagi mereka, ia satu tindakan ‘kuno’ kerana seringkali terjadi ketika sedang berkempen.
Dalam pada itu, ada yang menyifatkan bahawa tindakan tersebut seolah-olah ‘diupah’ oleh segelintir pihak.
Pak turut semua ni – Netizen
Mujurlah tiada sebarang kekecohan, rusuhan berlaku, harap perkara ini tidak berlaku di tempat lain dan bersainglah secara sihat, kalau ada pandangan, pendapat yang tidak sehaluan dengan kita punya pegangan usahlah buat kecoh sampai begini.
Baca : [VIDEO] Syed Saddiq & Hannah Yeoh Kongsi 3 Inisiatif Tangani Kesihatan Mental