Selalunya apabila balik sahaja dari kampung ke bandar terutama sekali bila menggunakan laluan Pantai Timur, pengguna jalan raya akan berdepan dengan kesesakan lalu lintas berjam lamanya. Korang pun mesti pernah stuck lama macam ni kan?
Menurut Kosmo!, ribuan pengguna kenderaan laluan Pantai Timur yang terpaksa menempuh kesesakan berbelas jam kerana ‘jammed’ terlalu lama ini sedikit terubat apabila mereka diberikan minuman. Inisiatif tersebut dilakukan sekumpulan penduduk dipercayai di Pekan Bandar Setiu, Terengganu.
Menerusi perkongsian @muiithehappy di TikToknya ini ada memuatnaik satu video yang menunjukkan sekumpulan lelaki mengagihkan air minuman berperisa kepada pengguna jalan raya yang terkandas di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).
@muiithehappy Yang sempat lagi mintak nombor tu tak tahan tu #fyp #ganukite #raya #raya2022 #trafficjam
Dalam video tersebut, jelas dapat dilihat anak-anak muda terbabit pergi dari satu kereta ke satu kereta untuk memberi air percuma. Bukan itu sahaja, mereka sangat pemurah dengan berikan bukan 1 tapi 2 air. Baiknyaa dorang ni!
Lebih mengharukan apabila penduduk kampung sekitar turut bersama-sama mengedarkan minuman kepada kenderaan yang lalu di kawasan berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji layanan baik dari orang Terengganu dan ada juga yang mendoakan agar pemuda-pemuda ini dimurahkan rezeki.
“Mcm2 cara kita boleh bersedekah…semoga murah rezeki” – Komen netizen
“Baiknya orang pantai timur ni,slmt hari raya” – Komen netizen
Netizen juga sempat bergurau yang bagi sesiapa nak cari menantu bolehla memilih orang Pantai Timur. Macam-macam hal!
Masih ramai rakyat Malaysia yang memang pemurah dan baik hati. Kita perlu contohi perbuatan dorang ni tau!
Baca: “Dah la pandai masak, pemurah pula tu” – Khairulaming Dipuji Lepas Bagi Duit Raya Dekat Warganet