in

[VIDEO] Sebak! Warga Emas Gigih Kayuh Basikal Sejauh 15 Km, Semata-mata Nak Walk-In Vaksin

Fi Pakcik 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dikala pandemik yang kini masih tak menunjukkan sebarang tanda ia akan berakhir, pelbagai inisiatif diambil bagi mengekang penularan wabak Covid-19 daripada terus merebak seperti pematuhan SOP dan pemberian vaksin kepada kita semua.


Bagi kita yang muda, mesti kita lebih faham dan tahu tentang prosedur permohonan vaksin ni dan boleh kita tolong ibu bapa kita juga. Namun lain pula kisah yang terjadi kepada seorang ‘pakcik’ ini.

 

Kayuh basikal sejauh 15 Km

Kira-kira tak sampai 24 jam, terdapat sebuah video viral tentangk kisah seorang warga emas di Indonesia yang mampu meruntun jiwa kita sebagai pembaca.

Kisahnya, lelaki berkenaan telah datang ke sebuah pusat pemberian vaksin sebab mahu dapatkan suntikan vaksin secara walk-in yang dah lama dilaksanakan di negara berkenaan.

Pakcik 1

Menurut perkongsian Dr. Helmiyadi di TikTok, pakcik berkenaan datang ke tempat itu namun dia kelihatan terpinga-pinga berdiri seorang diri sampailah seorang petugas datang kepadanya dan memberi borang untuk diisi.

Apa yang menyedihkan, lelaki berkenaan memberitahu bahawa dia datang sejak awal pagi dengan mengayuh basikal sejauh 15 kilometer dari tempatnya dan sempat mengadu kakinya kepenatan. Kuatnya semangat pakcik ni.

Menurutnya lagi, dia dah lama nak ambil vaksin tapi selalu saja ditakut-takutkan oleh orang sekeliling di tempatnya. Bagus pakcik ni jalankan tanggungjawab dia!

Posting oleh Dr.Helmi ini telah menjadi perbualan ramai dan sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih dari 6 juta tontonan.

@dr.helmiyadi_spot

15 kilometer mengayuh sepeda hanya untuk ikut divaksin #covid19 #pandemi #IDImakassar #KallaGrup #fypシ

♬ Denting – Fadhilah Intan ✨

 

“Lihat! Dia pun paham pentingnya vaksin”

Di ruangan komen, ternyata ramai tersentuh dengan kisah warga emas berkenaan dan memuji tindakannya yang tetap semangat nak ambil vaksin. Selain itu, ramai yang mendoakan kesejahteraan pakcik tersebut supaya segala urusannya selepas-selepas ini dipermudahkan.

Reak Pakcik 1 Edit 1 Reak Pakcik 2 Edit 1 Reak Pakcik 3 Edit 1 Reak Pakcik 4 Edit 1

Kuat semangat pakcik ni. Dia turut bagi pengajaran untuk kita, supaya jangan peduli apa orang cakap kalau sesuatu perkara tu betul-betul bagi manfaat untuk kita semua.

 

Baca : [VIDEO] Pakcik Tua Minta Sedekah Tepi Jalan, Rupanya Dihantar Oleh Anak Sendiri? 

Foot Pakcik 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.