Hari ini, kita dikejutkan dengan khabar duka pemergian 9 anggota Pasukan Simpanan Persekutan (FRU) yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.
Lebih menghibakan apabila tular rakaman video yang memaparkan suasana di dalam trak para anggota FRU sebelum tragedi berlaku.
Difahamkan, rakaman itu di muat naik oleh salah seorang anggota FRU yang maut dalam nahas terbabit, iaitu Allahyarham Konstabel Akmal Wafi.
Artikel berkaitan: Masalah Stereng Punca Lori Bawa Batu Rempuh Trak FRU
Artikel berkaitan: “Al-fatihah..” – Tragedi Berdarah Karak 1990 Libatkan Anggota FRU Kembali Berulang
Dalam video tular itu, kelihatan rakan anggota FRU yang lain sedang berborak antara satu sama lain ketika dalam perjalanan menuju ke Teluk Intan.
Lebih sayu lagi, ada beberapa anggota yang sempat senyum ke arah kamera seakan-akan tahu bakal melunaskan tugasan terakhir sebagai petugas barisan hadapan.
@namrunchannel Salam Takziah kepada keluarga anggota yang terlibat 🥺🤲🏻 #FRU #Unit5
Memetik sumber Kosmo!, dipercayai juga, kebanyakan mangsa yang maut menaiki trak yang sama dengan Allahyarham Akmal Wafi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar kesemua arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Terdahulu, 9 anggota FRU Unit 5 Ipoh dilaporkan maut dalam nahas membabitkan lori muatan batu di Teluk Intan.
Antara mangsa yang maut ialah Sarjan S. Perumal, Koperal Nurit Pandak, Koperal Amiruddin Zabri, Koperal Mohd. Pozli Jaudin, Koperal Muhamad Akmal Muhamad, Koperal Mohamad Hilmi Mohd. Azlan, Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif dan Konstabel Akmal Wafi Annuar.
Difahamkan, kenderaan membawa 15 anggota FRU termasuk penumpang dan pemandu itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas kawalan Op Chariot di Teluk Intan, semalam.
Al-fatihah…