in

[VIDEO] Rumah Banjir Paras Air Naik Sampai Hidung Tapi Sejadah Masih Kering & Tak Terusik

ft sejadah kering

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di media sosial, memaparkan sebuah rumah yang dimasuki air banjir, bagaimanapun sehelai sejadah yang berada di dalam rumah tersebut tidak basah langsung!

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kawasan perumahan di Taman Aman, Kota Tinggi, Johor yang mula dinaiki air pada awal pagi Rabu.


Nur Hidayah, 28, memberitahu, dia telah dimaklumkan oleh jiran bahawa air banjir telah mencecah paras pinggang pada jam 3.30 pagi dan kemudiannya surut kira-kira jam 4 petang yang membolehkan mereka untuk masuk untuk melihat keadaan dalam rumah.

“Masa masuk rumah tu keadaan memang berlecak penuh dengan lumpur. Tiba-tiba suami panggil untuk tengok ruang solat di tingkat bawah dan sejadah kering tanpa sedikit pun terkena air banjir mahupun kesan lumpur,” katanya.

Menurut Hidayah, ruang solat itu terletak di antara dapur dan tangga untuk naik ke tingkat atas rumah yang disewa sejak dua tahun lalu.

Screenshot 2023 03 03 121740

Selain itu, alas sejadah dan al-Quran yang ditempatkan di ruang solat tersebut turut kering tanpa kesan lumpur walaupun rumahnya ditenggelami air banjir.

Dia tidak pernah menyangka kejadian luar biasa yang membabitkan sehelai sejadah dan senaskah al-Quran itu berlaku di rumah sewanya.

“Hebatnya kuasa Allah. Tuhan nak jentik kita, beri peringatan kepada umat manusia yang kadang-kadang melakukan dosa,” jelas Hidayah.

Sumber: mStar

Semoga urusan akak ni dan keluarga dipermudahkan…

Baca : “Unsung hero” – Individu Dipuji Sanggup Redah Banjir Demi Agih Makanan di PPS Johor

abang salleh 728x383 1

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.