in

[VIDEO] Ramai Terharu Kisah Bro ‘Muka Gangster’ Ni, Sanjung Emak Walau Berlainan Agama

Muka Gangster Sayang Emak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hubungan kasih sayang antara ibu dan anak tidak akan terputus walaupun mereka menganut agama yang berbeza.

Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Muka Gangster’ di TikTok atau nama sebenarnya, Muhammad Mikhael Sathayah yang telah berkongsi kisah penghijrahannya ke agama Islam.


Beritahu emak nak masuk Islam, mak senyum dan bagi kebenaran

Menerusi video yang dikongsikannya, Mikhael menceritakan pengalaman bagaimana dia terbuka hati untuk menerima Islam dan akhirnya menyatakan pendirian tersebut kepada ibunya.

Si ibu pada mulanya dikatakan terdiam mendengar keputusan tersebut tetapi selepas itu dia ikhlas membenarkan anaknya masuk Islam.

Muka Gangster

Terima kasih mak. Terima kasih dalam menerima saya. Macam-macam mak dikecam sampai ada yang kata mak dah tak ada anak, anak mak dah mati. Sampai ada yang kata hidup saya macam ni sebab mak terlalu manjakan saya. 

“Mak seorang mak yang baik. Terima kasih mak. Makin hari mak nampak saya makin tenang, mak sentiasa bersama saya,” katanya.

Lebih mengharukan apabila lelaki ini memaparkan hadiah sejadah yang yang diterimanya dari ibunya setelah menganut agama Islam.

Malah ibunya juga dilihat sanggup menemaninya untuk menunaikan solat di masjid. Allahu… 

Korang tengoklah video penuh abang muka gangster ni kat bawah… 

@mukagangster

Replying to @MUHAMMAD AMIRUL HUSNI ini kisah saya. @SaudagarMerah thank u abgku.#mukagangster #anakmak #titew #botak #rxybca #longbeard #trendingnewsmalaysia #amma #islam

♬ Allah Allah Aghistna Ya Rasulullah – Puja Syarma Official

“Allah bang saya nangis bang” 

Video yang dikongsikan oleh Muhammad Mikhael ini telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang memuji sikap lelaki itu yang tetap menyanjung ibunya walaupun berlainan agama.

Malah ramai juga kagum dengan sikap ibu kepada Mikhael yang terbuka hati menerima anaknya dalam apa jua keadaan.

Bang

Sebak min tengok video ni. Semoga terus istiqamah bro! 

Baca: “Jadi minat dengan agama” – Pilih Nama Khadija, Wanita Amerika Peluk Islam Lepas Tonton Drama Bersiri Turki

Khadija

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.