in

[VIDEO] Ramai Terharu Dengar Kisah Cinta Makcik Buta Dengan Arwah Suaminya Ini

wanita buta jatuh cinta jumpa pertama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya sudah selalu kita dengar mengenai ‘cinta pandang pertama’ yang membuatkan sebilangan daripada kita angau dan bak kata orang, mandi tak basah dan tidur pun tak lena kerana teringat-ingatkan si dia.

Pun begitu, korang pernah dengar tak tentang cinta ‘jumpa’ pertama? Haa inilah yang dialami oleh seorang wanita OKU penglihatan dan arwah suaminya dulu.


Hidup dalam ‘gelap’ sejak umur 4 tahun, tak harapkan jodoh tapi… 

Menerusi perkongsian TikTok @myfundaction, wanita cacat penglihatan bernama Cik Mas ini telah bercerita mengenai kisah cintanya dengan arwah suami suatu masa dulu.

Dia yang sudah mengalami masalah penglihatan sejak berusia 4 tahun mengakui tidak pernah mengharapkan jodoh datang kepadanya, namun satu perkara tidak terduga berlaku ketika dia berusia 50 tahun yang mana akhirnya dia berkahwin.

Menurut Cik Mas, kisah cinta berputik apabila suaminya sering mendengar suaranya di radio dan telah meminta nombor telefonnya daripada seorang rakan.

Mereka kemudian sering berhubungan dan dari situlah menurut Cik Mas, dia jatuh cinta ‘jumpa’ pertama dengan suaminya. Alahai comelnya… 

Jodoh tak lama sebab suami meninggal

Walau bagaimanapun, menurut TikTok berkenaan, jodoh Cik Mas tidak lama kerana suaminya yang juga cacat penglihatan meninggal dunia akibat terkena strok.

cik mas 1

Cik Mas walau bagaimanapun mengakui sangat bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah meskipun hanya dapat mengecapi bahagia sekejap sahaja.

Dah banyak nikmat yang Allah bagi,” katanya.

cik mas 2

“The most loveliest love story” 

Perkongsian berkenaan telah membuat rata-rata netizen terharu mendengar kisah cinta makcik buta ini dan arwah suaminya.

Ramai yang mengatakan kisah cinta mereka sangat sweet. Walaupun kini suaminya telah tiada, netizen mendoakan agar urusan hidup Cik Mas dipermudahkan sentiasa.

cinta sweet

Seronok kan tengok makcik ni tersenyum manis bila cerita tentang kisah dia dan suami? Semoga urusannya dipermudahkan. 

Baca: 4 Jejaka Cacat Penglihatan Jalan Berbaris Ke Masjid, Tindakan Pemuda Bantu Mereka Terima Pujian Dari Netizen

penglihatan

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.