Hanya orang yang mencintai kucing dan pencinta haiwan akan faham perasaan wanita dalam video kiriman @eayazainuddin ini, bahkan rasanya orang yang tidak ada mempunyai haiwan peliharaan sekalipun jadi sebak melihat nasib malangnya ini.
Dua ekor kucing peliharaannya mati kerana dibaham ular dan seekor lagi mati dibelit ular sawa, dalam video yang berdurasi 1 minit 30 saat itu, dilihat seorang wanita meraung menangis sambil dipujuk oleh seorang lain wanita memakai telekung yang cuba tenangkan wanita itu.
@eayazainuddin Berlarilah selajunya di langit ? Semoga Haehae jumpa Kakcha dekat sana nanti. 2 ekor kucing Kakcha mati. Sekor kene belit. Sekor dalam perut ular. Lagi sakit bila anak Haehae tengok Haehae kene belit ?
Video tersebut tular di TikTok dan telah meraih 3.7 juta jumlah tontonan dalam masa sehari, menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut rasa sebak dan ada juga kongsikan yang mereka pernah alami pengalaman yang lebih kurang sama apabila kucing atau haiwan peliharaan mereka mati.
Sebagai orang yang ada kucing peliharaan hilang kucing ni memang another level of pain, apatah lagi bila tengok dia mati dalam keadaan yang tragis macam ni.
Baca : Individu Dikecam Netizen Kerana Cuba ‘Adopt’ Kucing Untuk Jadikan Makanan Ular