Kelmarin, tular satu video sebuah lori penghantaran barang merempuh orang awam yang sedang duduk di tepi jalan. Susulan itu, polis kini sedang mengesan pemandu lori tersebut.
Dalam video yang berdurasi 1 minit 3 saat itu, menunjukkan seorang penunggang motosikal dilihat seperti sedang bertengkar dengan pemandu lori tersebut sebelum lori itu dengan llajunya bergerak kedepan dan mengundur sehingga merempuh meja dan kerusi yang ada.
Rempuh orang awam
Memetik laporan Utusan, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian itu berlaku di Taman Permai 3, Seremban.
“Lebih kurang pukul 2.15 petang hari ini, telah didapati satu video berdurasi 1.03 minit dimuat naik di Facebook dan tular.”
“Ia memaparkan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki cuba merempuh orang awam yang sedang minum di meja di tepi jalan.”
“Sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung insiden yang berlaku. Hasil semakan lanjut mendapati kejadian berlaku di Jalan Kerapu, Taman Permai 3, Seremban, tarikh dan masa kejadian dalam siasatan.”
https://www.facebook.com/watch/?v=738884457543069
Jelasnya lagi, pihaknya kini dalam usaha untuk mengenal pasti identiti pemandu lori terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan.
Baca : [VIDEO] Suka Hati Buang Sampah Dalam Sungai, Pemandu Lori Akhirnya Ditahan Polis