Sebelum ini, gempar apabila satu insiden tanah runtuh berlaku di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highland. Menurut laporan, kejadian tersebut telah mengorbankan dua nyawa apabila kereta yang dipandu tertimbus oleh runtuhan tanah.
Lebih kurang 30 hingga 40 kesan runtuhan tanah
Baru-baru ini, tular satu video berkenaan keadaan semasa jalan di sekitar Cameron Highland. Menurut individu yang dikenali sebagai Zarnizar ini, dia mendakwa jalan untuk ke Cameron Highland boleh dikatakan berada dalam risiko tinggi dan bahaya untuk dikunjungi.
Jelas lelaki ini, dia menemui sekitar 30 hingga 40 kesan tanah runtuh di sekitar jalan dari Cameron Highland ke Tapah. Video tersebut turut memperlihatkan keadaan jalan raya di situ yang dipenuhi dengan tanah dan pastinya berbahaya untuk kegunaan pengguna jalan raya.
“Pesan pada kawan dan keluarga, jangan datang Cameron Highland buat masa sekarang”, tulis lelaki ini dalam video tersebut.
Lelaki ini turut menasihati orang ramai agar menangguh seketika niat untuk melawat Cameron Highland memandangkan keadaan jalan raya di situ yang baru sahaja dilanda banjir dan kurang selamat untuk digunakan.
Jangan #cameronhighland skrg; tadi otw balik, terdapat 30-40 kesan tanah runtuh kecil besar di kiri kanan Jalan Cameron- Tapah.
Plz guys , war war kan & pesan kt membe2 Jangan pergi Cameron now ! pic.twitter.com/RYM8g7VRAh— Zarnizar (@zarnizarMY) December 3, 2021
Periksa ramalan cuaca
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut risau dengan keadaan semasa jalan di sekitar Cameron Highland yang nyata kurang selamat untuk pengguna jalan raya.
“Postponed dulu…”
“Sedih tengok Cameron…”
“Check ramalan cuaca…”
Melihatkan keadaan semasa yang berlaku di sekitar Cameron Highland, orang ramai dinasihatkan untuk periksa dahulu ramalan kaji cuaca demi keselamatan.
Kredit: Zarnizarmy