in

[VIDEO] Penduduk Flat ‘Extend’ Rumah, Sampai Meter Air Rumah Jiran Pun Kena ‘Block’

Rumah Flat Extend Rembat Meter B40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah banyak kita dengar mengenai sikap penduduk pangsapuri yang tidak bertanggungjawab dengan membuat pengubahsuaian tambahan pada rumah mereka secara haram.

Terbaru kali ini, tular sebuah video memaparkan tindakan penduduk flat yang ‘extend’ kawasan rumahnya hingga menimbulkan masalah setempat.


‘Extend’ rumah sampai rembat meter jiran?

Menerusi satu video yang viral di Twitter, ia memaparkan sebuah rumah flat yang didakwa terletak di Bukit Kuchai telah membuat pengubahsuaian secara haram sehinggakan meter air orang lain berada di dalam rumahnya.

Perakam video berkenaan ternyata tidak berpuas hati dengan situasi itu kerana pengubahsuaian berkenaan telah mengganggu meter air milik jiran lain di flat tersebut.

“Meter reader datang tapi tak boleh baca meter” 

Netizen di ruang komen menjelaskan situasi di atas telah menimbulkan masalah kepada mereka yang bertugas untuk memeriksa meter kerana meter berkenaan berada di dalam rumah orang lain.

Malah ada juga mengatakan jika para jiran mempunyai masalah kerosakan meter, mereka juga tidak boleh menukar meter tersebut dengan secepatnya kerana perlu meminta kebenaran untuk masuk ke dalam rumah penduduk flat berkenaan.

Meter Air Terhalang

Dalam pada itu, MPAJ dalam satu kenyataan ada memaklumkan tindakan mengubah suai rumah tanpa kelulusan mengikut Akta 133 dan Akta 757 bakal mendatangkan pelbagai risiko dan masalah kepada penduduk setempat, lapor Sinar Harian.

Pihak majlis perbandaran juga boleh memberikan notis dan roboh serta merta berdasarkan Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) berikutan tambahan struktur baharu di bahagian tepi dan belakang yang tidak dibenarkan bagi bangunan kediaman bertingkat.

Baca: Penghuni Rumah Flat ‘Renovate’ Tambah Pagar Batu, Siap Bagi Amaran Dekat Penduduk Lain

Flat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.