Nampaknya kes pemandu buat hal di atas jalan ini dah semakin teruk, sebelum ini ada yang sanggup rempuh polis trafik kerana cuba nak lari daripada ditahan. Semalam pula sanggup memandu melawan arus semata-mata nak melarikan diri daripada dikejar pemandu motosikal selepas melanggar lari salah seorang pengguna jalan yang sedang menunggang di atas jalan di KL.
Rakaman video daripada orang awam kini sedang tular di media sosial menerusi Facebook Info Roadbloack/JPJ/POLIS.
Ditemui maut lepas terjun flyover
Dalam video tersebut dilihat pemandu pacuan 4 roda memandu secara merbahaya sambil dikejar oleh beberapa penunggang motosikal. Menurut sumber kejadian kejar mengejar itu berlaku di Jalan Tun Razak. Pemandu Kia Spectra itu dilihat cuba ‘menyelit’ di tengah-tengah kesesakan jalan sehingga hampir terlanggar pemandu lain.
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1688862131291490?__tn__=K-R
Dalam rakaman video kedua pula, pemandu itu dilihat masih cuba melarikan diri walaupun cuba dihalang oleh orang awam dengan memandu secara lawan arus di Jalan Duta.
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1688923581285345?__xts__%5B0%5D=68.ARCVQ7tFUwgAqZU1oCMULD-tfXNVcJkWp29ZkUESkBq9hMUd-gsNteR2r2psR64eWQzvslk9qSxs3lNugkCYzYVWUE_1lK-1JiYpo92p2CsrrJGddibqxUDYQpYy1J-8_x5cp3DWS6czEf7myY__75YYjMOGNJjftEqJsnrn59d1zkBxw93aSTXwLA3y7Ilqvw2aBxn46AlFp3OuNay49jelMK-YRLXL6EI1RMtwlD0f84KTF8DrHlvdlYDHuxd1iy8jIcMLeAk47Y_7Yu7i_p3pQNdmpGwicoqWi0AEBR5hpAotEeV9qVUXogUDLwx1tCXCNOySSPKZD8BV5eg5_CzRzA&__tn__=K-R
Namun begitu, kenderaan tersebut akhirnya dijumpai kemalangan di Penchala Link kira-kira jam 7.04 petang ( 21 Sept 2020) semalam.
Difahamkan, pemandu berusia 60 tahun itu dipercayai ada terlibat dengan kemalangan 4×4 Fortuner dan pemandu Kia tersebut maut di tempat kejadian.
Menerusi laporan wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap, lelaki itu telah memberhentikan kenderaan secara mengejut hingga dirempuh dari belakang. Dia kemudian keluar daripada kenderaannya dan terjun ke bawah flyover yang setinggi 15 meter, kata Ketua Jabatan & Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.