in

[Video] Pelawak Buat Hal Lagi, Kali Ini Beli ‘Barang’ Dari Mat Motor, Tapi Netizen Kata Hanya ‘Propa’?

Pelawak Buat Hal Lagi 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih belum reda dengan isu pemedagangan manusia, muncul pula kes baru yang pelawak dikatakan ‘buat hal’ apabila satu video viral di media sosial memperlihatkan sedang berurusan secara sulit pada waktu malam.


 

Rajin pelawak zaman sekarang ni, macam-macam kerja dorang buat. Hari tu sorang jadi tauke ayam. Yang ni tak pasti lagi tauke sayur atau air batu. Gaya tangan waktu bagi barang tu nampak macam dah lama je berkecimpung.”

Video tersebut viral di Twitter semalam, dan meraih sebanyak 1,000 jumlah retweets dalam masa 13 jam ia dimuat naik.

Menerusi Harian Metro, dalam video itu dilihat individu yang dikatakan pelawak terkenal itu sedang membuat urusan ‘jual beli barang’.

Kemudian, lelaki yang dikatakan anggota kumpulan pelawak terkenal itu tiba-tiba mengamuk apabila perasan aktivitinya dirakam sebelum bergegas keluar daripada kenderaan jenis Myvi dan bergegas kepada perakam dan berlaku pertelingkahan.

Walau bagimanapun, waktu, lokasi dan identiti pelawak itu masih belum dikenalpasti. Namun begitu, memandangkan video ini tular, ramai yang anggap ia hanya gimik semata-mata.

 

Marketing wehhh, niaga belacan. Kompom. Nak buat lawak P. Ramlee la ni – Netizen

Masih belum ada kepastian, namun ramai yang cam suara dan kelibat individu itu dan ramai yang kata ini hanyalah sekadar strategi pemasaran.

Berdasarkan pendengaran netizen, mereka terdengar satu ayat yang menggambarkan bahawa ia adalah lakonan semata-mata.

Pelawak Buat Hal Lagi 8 Pelawak Buat Hal Lagi 7 Pelawak Buat Hal Lagi 6 Pelawak Buat Hal Lagi 5 Pelawak Buat Hal Lagi 4 Pelawak Buat Hal Lagi 3 Pelawak Buat Hal Lagi 2

Apapun, kita masih tak boleh sahkan siapa gerangan ini kerana tuan empunya badan tak buku mulut, malah, mungkin ada urusan lain yang dibuat tapi kita tak tahu dan ada sebabnya kenapa tidak mahu dirakam.

 

Baca : “Gilalah siapa yang petik nama saya – Tauke Nafi Dia ‘Pelawak’ Yang Ditahan Kerana Jadi Bapa Ayam

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.