Baru-baru ini, sebuah gerai yang menjual nasi lemak di Seri Kembangan telah tular di media sosial kerana nasi lemak yang dijual dikatakan sangat sedap sehingga ramai pelanggan yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.
Gerai nasi lemak tersebut yang dimiliki oleh wanita India itu dinamakan ‘Akka Nasi Lemak’. Difahamkan, Akka bermaksud kakak dalam bahasa Tamil.
Walau bagaimanapun, semalam kecoh di media sosial apabila seorang pelanggan naik berang apabila dia tidak sempat untuk membeli nasi lemak itu.
@mathan_sucess_sgp #loveourfamilylife #tiktokmalaysia #akkanasilemakgaduh #akkanasilemak #fypシ゚viral #motivational #thamizh #serikembangan #priyankachopra #redpanda
Difahamkan, nasi lemak itu telah habis dijual sebelum sampai gilirannya untuk membeli makanan kerana orang di depannya telah membeli 50 bungkus nasi lemak.
Pelanggan berkenaan telah merakam video ketika kejadian dan memuat naik video itu di TikTok.
Kejadian itu juga sempat dirakam oleh warganet lain yang berada di lokasi kejadian pada ketika itu.
Namun, rata-rata netizen mengecam tindakan pelanggan tersebut kerana membuat kecoh di gerai nasi lemak itu.
Nasi lemak habis, pergi la beli tempat lain. Apa ke halnya duk memekak cari gaduh kat situ? Takkan kau expect akak tu keluarkan periuk tanak nasik lemak dekat situ kot.. benda dah habis, blah ja laa.. x faham aku https://t.co/CkMalEomzB
— ALAN (@IniAlalalannn) April 28, 2023
Menurut seorang pengguna Twitter yang sudi menterjemah pergaduhan tersebut, kejadian tersebut bermula wanita yang menjual nasi lemak itu memaklumkan kepada pelanggan itu bahawa nasi telah habis namun lauk masih ada.
Jadi, kalau nak beli makanan, hanya boleh beli lauk. Namun, pelanggan itu mula marah-marah kerana salah faham.
Korang boleh baca translation penuh kejadian itu di bawah.
Credits @HausofHilton pic.twitter.com/hy8HrZBBMS
— ArsenalGunning (@phoppythedog) April 28, 2023
Ada netizen yang berpendapat pelanggan tersebut tidak sepatutnya memarahi peniaga itu walaupun kecewa tak dapat beli nasi lemak berkenaan.
Namun, dalam masa yang sama, netizen memuji tindakan seorang budak lelaki yang dipercayai merupakan anak kepada peniaga nasi lemak itu kerana membela dan melindungi ibunya dari pelanggan tersebut.
Difahamkan lagi, selepas kejadian itu, setiap seorang pelanggan yang beratur untuk membeli nasi lemak hanya dibenarkan untuk membeli lima bungkus nasi sahaja agar pelanggan yang lain dapat turut merasa.
Sumber: Twitter
Baca: “Kalau tertelan macam mana?”- Wanita Jumpa Pisau Berkarat Dalam Nasi Lemak