in

[VIDEO] Pelancong Australia ‘Share’ Pengalaman Bercuti Di Malaysia Buat Netizen ‘Triggered’

ft mat salleh pelik malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah hampir dua tahun sempadan negara ditutup atas sebab dilanda pandemik Covid-19, umum mengetahui bahawa sempadan kini telah dibuka semula.

Kebelakangan ini, semakin ramai pelancong luar negara tidak melepaskan peluang ini untuk pergi bercuti dan Malaysia menjadi salah satu negara di Asia yang dipilih para pelancong dari Eropah.


Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok memaparkan pelancong Australia yang berkongsi perkara yang dikatakan pelik semasa berada di Malaysia telah membuatkan ramai warganet ‘triggered’.

https://www.tiktok.com/@meanderwithmia/video/7185079973454040321?is_from_webapp=v1&item_id=7185079973454040321

Video yang menular itu telah meraih 450,000 tontonan itu dalam masa tiga hari telah mendapat 14.9K likes di laman sosial TikTok itu.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat pasangan yang berasal daripada Australia itu berkongsi situasi semasa mereka melancong ke Malaysia.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah apabila mereka menyatakan bahawa, banyak kedai-kedai tidak akan mula beroperasi sebelum 11 pagi.

Dianggap aneh ke?

Screenshot 2023 01 09 181037

Selain itu, dia juga berkongsi mengenai pengalaman mereka menjamu selera dengan menggunakan tangan mereka di sebuah kedai makan di Malaysia.

Wanita itu turut berkongsi tentang keadaan tandas di Malaysia yang berposisi cangkung dan bukannya duduk, serta paip air yang disediakan itu dianggap seperti perkara yang aneh.

Warga maya turut terkejut apabila dia dikatakan memanggil limau yang biasa didapati di kedai mamak sebagai buah oren.

Screenshot 2023 01 09 181024

Wanita warga Australia itu dipercayai tidak pernah menjumpai biawak liar yang kebiasaannya hidup di longkang yang berair dan mengatakan bahawa itu kali pertama dia melihat haiwan itu.

Buat netizen ‘triggered’ ni…

Rata-rata netizen di ruangan komen telah meluahkan rasa terkejut dengan penemuan wanita tersebut sampaikan ada di antara mereka yang cuba untuk menjelaskan perkara yang sebenar kepada pelancong tersebut.

Bagaimanapun, difahamkan ini adalah kali pertama pasangan itu melancong ke Malaysia dan mereka masih lagi dalam fasa mempelajari adat dan budaya di Malaysia.

Screenshot 2023 01 09 181358

Screenshot 2023 01 09 181420

Nasib baik netizen sempat bagitahu dia ada kedai buka lagi awal dari 11 pagi..

Baca : Gelagat ‘Mat Salleh’ Belajar Makan Pakai Tangan Bikin Netizen Terhibur!

mat salleh 758x399 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TIkTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.