in

[Video] Pasangan Malaysia Kena Halau Balik Lepas Sampai Australia, Didakwa Menipu Sebab Nak Kerja Secara Haram

Pasangan Didakwa Menipu 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memalukan, itu adalah antara reaksi netizen apabila mereka menonton satu video daripada sebuah program daripada Australia yang dinamakan Border Security: Australia’s Front Line.

Program ini merupakan satu siri popular di negara tersebut dan kini sudah bersiaran selama 14 musim, lapor Sinar Plus.


Program Border Security :Australia’s Front Line ini berkisar tentang realiti bagaimana kakitangan Jabatan Dalam Negeri, Pasukan Sempadan Australia, dan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Australia menjalankan tugas di beberapa lapangan terbang di negara itu.

 

Pasangan dari Malaysia kena halau balik

Pasangan Didakwa Menipu 2

Apa yang membuatkan rakyat Malaysia jadi malu adalah dalam salah satu episod tersebut, ada memaparkan satu pasangan dari Malaysia yang baru sahaja sampai di lapangan terbang, Avalon Airport diusir balik selepas sampai.

Video itu tular di Facebook yang memaparkan pasangan sedang melakukan pemeriksaan di kaunter imigresen, mereka memberikan jawapan yang telah menimbulkan keraguan apabila ditanya oleh kakitangan terbabit.

Mereka mengatakan bahawa tujuan mereka ke negara itu adalah untuk berbulan madu, tetapi apabila ditanya tempoh mereka berkahwin, mereka jawab dah 10 tahun.

Pasangan Didakwa Menipu

Memandangkan jawapan itu telah meragukan pihak Border Security, mereka melakukan temu ramah secara berasingan terhadap pasangan itu, ia bertujuan agar mendapatkan fakta yang sama.

Keraguan itu semakin teserlah apabila masing-masing memberikan jawpaan yang bercanggah, mereka memberikan tarikh perkahwinan yang berbeza, malah masing-masing tak tahu lokasi yang mereka ingin tuju, bahkan tempoh masa ‘honeymoon’ di negara itu pun mereka susah nak jawab.

Jawapan yang diberikan dianggap tidak munasabah, katanya mereka ingin membeli belah di Mount Buller dan ingin menaiki perkhidmatan e-hailing Uber dalam masa sehari.

Apa yang tidak logik adalah, jarak untuk ke Mount Buller dari lokasi lapangan terbang itu adalah 600KM malah perbelanjaan boleh menelan belanja sebanyak UD800 (RM2,489).

Mereka juga disiasat menggunakan penterjemah agar mendapat info yang jelas, hasilnya fakta yang mereka berikan itu masih bercanggah.

Pasangan ini kemudiannya diarah pulang kerana disyaki menipu tentang perjalanan mereka dan sebenarnya mahu masuk ke Australia untuk bekerja secara haram di negara tersebut.

https://www.facebook.com/2215523601846584/videos/379400863766576

 

 

 

Buat malu Malaysia – Netizen

Video ini turut tular di Twitter, ramai netizen mengkritik pasangan ini kerana tindakan ini boleh menyukarkan mana-mana warga Malaysia kelak yang ingin bercuti ke kawasan tersebut.

Pasangan Didakwa Menipu 9 Pasangan Didakwa Menipu 8 Pasangan Didakwa Menipu 7 Pasangan Didakwa Menipu 6 Pasangan Didakwa Menipu 5 Pasangan Didakwa Menipu 4 Pasangan Didakwa Menipu 3

Ramai juga menyifatkan tindakan mereka ini juga telah memalukan nama Malaysia, bahkan ada yang memahami nasib mereka yang mungkin  ingin mendapatkan sumber pendapatan lebih.

 

Baca : “Kemaruk nak dating sampai sanggup menipu!” – Pasangan Kekasih Ingkar PKP, Katanya Keluar Bersiar-siar

Comine Roadblock

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.