Semenjak kerajaan Malaysia telah mengumumkan kebenaran aktiviti rentas negeri, ramai lah yang dah mula balik kampung, bercuti bersama keluarga, pergi trip atau travel.
Masa ini juga lah banyak tawaran menarik daripada agensi percutian yang menawarkan trip murah. Sakan lah semua nak bercuti!
Tetapi, aktiviti rentas negeri untuk travel dan bercuti ini mungkin sudah terlalu biasa bagi seorang pemilik akaun laman TikTok bernama Hafizul Hakim ini.
@hafizulhakim03 Org lain travel bercuti.. aku travel ke kdai mask? #fyp #fypシ #rentasnegeri #mask #maskrider
Sedang orang lain sibuk nak travel pergi bercuti, abang ini boleh rentas negeri semata-mata nak borong face mask!
Kedai ini menyediakan pelbagai jenis pelitup muka bermacam-macam warna dan corak daripada pelbagai jenama. Memang rambang mata untuk pilih pelitup muka yang sesuai kerana bukan sahaja mempunyai banyak pilihan, tetapi harga yang dikenakan juga amatlah berpatutan.
Menurut orang ramai di ruangan komen, kedai viral bernama MyMaskHub ini terletak di Lakefield Sungai Besi sederet dengan restoran Pizza Hut. Rupa-rupanya, kedai ini bukan sahaja berlokasi di Sungai Besi, tetapi terdapat banyak lagi cawangan lain di lokasi berbeza.
Selain daripada menjual pelitup muka yang bervariasi, mereka juga ada menjual face shield serta alatan sanitasi dengan harga yang berpatutan.
Jadi, kepada sesiapa yang ingin mencari pelitup muka dengan design yang cantik dan harga yang berpatutan, boleh try ke kedai ini untuk borong semuanya!
Baca: Takde alasan tak pakai dah – [VIDEO] Frontliner Cipta Wireless Face Mask Untuk Mudahkan Orang Ramai!

