Sejak beberapa hari lepas, kisah mengenai perkahwinan pelawak, Shuib dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Watie terus menjadi bualan hangat warganet.
Difahamkan, Shuib telah mengambil keputusan untuk berkahwin dua tahun selepas pemergian Siti Sarah yang membuatkan ada netizen menuduh Shuib tidak setia kepada arwah kerana begitu cepat move on.
Oleh itu, abang kepada arwah SIti Sarah iaitu Ahmad Firdaos Raissuddin telah tampil mempertahankan adik iparnya itu sekali gus menganggap komen netizen di media sosial itu keterlaluan dan mengarut.
@ahamdfirdousraissuddin Makin lama makin merapu kome ni!! Lain kali kita refer dulu baru tulis soal agama. #CapCut #shuibwatie #raissuddinfamily
♬ original sound – ahmadfirdousraissuddin – ahmadfirdousraissuddin
“Saja je saya nak update benda ni sebab dah macam macam merapu dah dorang ni. Lain kali kalau tak tahu pasal hukum agama, kita refer betul-betul,” katanya.
Melalui video yang dimuat naik ke TikTok itu, Firdaos turut menggunakan klip ceramah pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus berhubung perkahwinan suami selepas kematian isterinya.
“Kalau isteri mati dulu memang akan jadi isteri kita. Kita kahwin ramai mana pun tidak kiralah sampai empat sekali pun. Kalau (suami) mati dan (isteri) tak kahwin lain selepas kita maka mereka akan menjadi isteri kita di dalam syurga,” jelasnya.
Dalam pada itu, dia turut meminta orang ramai untuk mendalami ilmu agama terlebih dahulu sebelum menulis komen-komen sedemikian.
Firdaos turut berkongsi sebuah screenshot yang menunjukkan beberapa komen netizen meluahkan rasa kecewa terhadap perkahwinan Shuib.
Terdahulu, setelah sah bergelar suami isteri Watie dan Shuib telah berbulan madu di Pulau Langkawi dan akan menyambung percutian bersama anak-anaknya di Turkiye pula.