in

[VIDEO] Netizen ‘Touching’ Tengok Remaja Lelaki Tak Kekok Suap Makan & Jaga Ibu di Hospital

Ft3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral di TikTok baru-baru menunjukkan seorang lelaki sedang menjaga ibunya yang terlantar sakit di hospital. Video itu mendapat lebih 100,000 tontonan dan menurut mStar, kejadian itu berlaku di sebuah hospital di Terengganu.



Individu yang merakam video itu, Umi Qazrina, 24, berkata dia tidak kenal dengan lelaki tersebut dan membuat rakaman secara diam-diam, hanya dari jauh ketika berada di dalam wad yang sama.

Melalui video tersebut, lelaki berkenaan dilihat duduk di sisi katil sambil menyuap makanan kepada ibunya yang terlantar. Kata Umi lagi, dia sendiri nampak lelaki itu lap rambut ibunya dengan air dan menjaganya dengan baik sekali.

Rakam2

Rakam4

Umi juga akui sebak melihat sifat penyayang serta bertanggungjawab lelaki itu terhadap ibunya.

“Rasa sebak dan terharu sebab dia lelaki, jaga mak dia. Jarang sangat anak lelaki jaga mak dia macam apa yang saya nampak ni.”

“InsyaAllah saya nak slow talk dengan tuan yang saya rakam sebab video dia dah viral. Masa tengok dia, saya cakap dalam hari. Untung siapa dapat dia, mak sakit pun dia layan macam tu apatah lagi isteri kan?”

Melalui video yang dimuat naik semula di Instagram, ramai memberikan komen positif serta memuji kemuliaan lelaki itu yang menjaga syurganya.

Selain itu, ramai yang turut tersentuh dan rasa sebak lepas tonton video tersebut. Netizen turut sempat berpesan agar kita berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapa selagi hayat mereka masih ada.

Baca: “Saya dah bersedia nak mati” – [Video] Wanita Terakam ‘Stalker’ Cuba Masuk Rumah Masa Dia Tengah Buat Video Menari Di TikTok

Collage 6

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.