Melihat orang luar menikmati juadah tempatan ini adalah satu perkara yang menyeronokkan sebab nampak comel macam dalam video dekat platform X ini.
Video tersebut memperlihatkan beberapa orang lelaki dari negara barat mencuba nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang.
Artikel Berkaitan : “Betul hidup macam Mat Salleh ya” – Pelakon Lelaki & Isteri Sama-sama Main Kayu Tiga?
Artikel Berkaitan : Dakwa Cipta Jala Udang, Mat Salleh Ini Kena Perli Dengan Orang Malaysia
Salah seorang daripada mereka makan dengan penuh semangat apabila dia lipat bungkusan nasi lemak itu dengan daun pisang dan makan sekali, mujur ada orang tegur yang daun pisang itu tidak boleh dimakan.
Dia makan nasi lemak sekali dengan daun dia weh 😭😭😭
— ric. (@aemeruls_) December 28, 2023
Ianya telah mencuit hati netizen kerana cara dia makan itu seperti makan Onigiri (satu menu makanan dari Jepun).
Sementara itu, ada juga yang kurang senang melihatnya dan dakwa ia seperti memperlekehkan makanan Malaysia. Hurm, bagi min sebenarnya tak jadi isu pun sebab mereka tak tahu, samalah macam kita yang nak explore makan mereka.
Sumber : X