Burung gagak merupakan salah satu spesies burung paling pintar namun sering disalah erti disebabkan tabiat dan penampilannya.
Tular sebuah video yang memaparkan aksi seekor burung sedang ‘bermain kejar-kejar’ selepas mencuri wang kertas seringgit telah meraih perhatian netizen.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @ztaipan, kelihatan seekor burung gagak sedang mengelak daripada beberapa individu yang cuba menangkapnya untuk mendapatkan semula RM1 yang ‘dicuri’ haiwan berkenaan.
Dapat dilihat, burung gagak terbabit seperti menyakat beberapa individu di situ apabila haiwan itu tidak terbang jauh tetapi hanya melompat-lompat di atas bumbung kereta dan gerai di tepi jalan.
“Pandai bergurau”
Selepas beberapa ketika ‘bermain’, gagak tersebut akhirnya memulangkan semula wang kertas itu.
@ztaipan Pandai bergurau??? #insanbiasa #insanberdosa #cocktailmantoppjs4 #gengsterbiskut
Dalam sebuah hantaran video lain, seorang lelaki yang dipercayai pemilik gerai di situ ‘memberi ceramah’ kepada burung gagak itu agar tidak mengganggu perniagaannya lagi dengan aksi sebegitu.
Dia kemudian memberikan wang kertas RM1 kepada gagak tersebut supaya ia bermain jauh dari situ.
@ztaipan Replying to @ryyuzy2 Ok jangan risau sudah kawtim??? #insanbiasa #insanberdosa #cocktailmantoppjs4 #gengsterbiskut
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut terhibur dengan telatah dan kebijaksanaan burung gagak itu. Netizen berseloroh mungkin gagak berkenaan datang untuk mengutip cukai.
Agaknya, burung gagak tu datang lagi ke tak lepas dapat duit?
Baca: [VIDEO] Aksi Anjing Merajuk Sampai Abang Bomba Kena Pujuk Buat Netizen Terhibur