Sikap pentingkan diri di atas jalan ini kadang-kadang perlu diajar, kalau rasa tertekan orang lain pun turut rasa yang sama, itu sebablah netizen rasa puas hati betul bila melihat satu rakaman abang motor kenakan satu pemandu ini.
Abang motor kenakan kaw-kaw
Dalam satu video berdureasi 38 saat menerusi Twitter, ada pemandu kereta Axia cuba memotong kereta lain menggunakan barisan kecemasan, disebabkan itu seorang penunggang motosikal bertindak untuk mengekori kereta tersebut sebelum potong dan kenakannya dengan membawa begitu perlahan, lebih perlahan daripada aliran kesesakan itu.
Biarpun lokasi dan waktu rakaman yang meraih lebih daripada 4,000 jumlah retweet itu masih belum dikenal pasti, ada yang mengatakan bahawa ianya berlaku seperti di Seberang Jaya.
https://twitter.com/tok_tek/status/1445747050180595715?s=21
Susulan dengan kejadian ini, biarpun ada yang mempertikaikan bahawa motosikal juga tidak sepatutnya menggunakan laluan kecemasan itu, namun rata-rata puas hati melihatnya apabila ‘diajar’ sebegitu rupa.
Ada juga netizen kongsikan pengalaman rakannya terlibat dalam kemalangan beberapa tahun lalu namun tidak dapat diselamatkan meninggal dunia di tempat kejadian, hal ini kerana pihak ambulans sampai lambat kerana di halang oleh kenderaan yang tidak mahu memberi ruang kepadanya.
Puas hati – Netizen
JIka anda ingat, beberapa tahun lepas pernah berlaku satu insiden yang mengundang kemarahan netizen dimana banyak kereta masuk di laluan kecemasan, ambulans yang bergegas ke lokasi tidak dapat sampai dengan masa yang tepat kerana tidak diberi ruang oleh pemandu lain.
Baca : Sekeluarga ‘Kantoi’ Sewa Ambulans Swasta Untuk Balik Kampung