Berbuat baik kepada semua orang tidak kira agama dan bangsa akan memberikan impak positif dan kesan yang baik.
Baru-baru ini tular perkongsian video di media sosial, memaparkan tindakan seorang pelajar istimewa berbangsa Cina dilihat sedang menyusun kasut ketika rakan-rakannya pergi menunaikan solat di sekolah telah meraih perhatian ramai.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok @arasyi_28, pemilik video yang juga seorang guru menyedari kejadian tersebut selepas selesai menunaikan solat apabila melihat kasutnya dan beberapa pelajar yang lain disusun dalam keadaan rapi.
“Lepas solat aku keluar surau, ada benda yang pelik. Aku tengok kasut aku dan beberapa pelajar yang sedang solat disusunkan, siap bukakan tali kasut supaya mudah pakai.
“Dalam diam aku tengok, tiba-tiba aku ternampak budak Cina ni. Bagus adik, walaupun bukan Islam kamu berbudi. Ni baru keluarga Malaysia,” tulisnya.
@arasyizubaidillah budak ni dia tak berapa sihat tetapi nampak ada budi baik yang patut kita puji??
Dalam sebuah hantaran video berasingan, guru terbabit mengatakan pelajar berkenaan sanggup menunggu rakan-rakannya menunaikan solat semasa waktu rehat untuk membantu menyusun kasut mereka. Video tersebut telah meraih lebih sejuta jumlah tontonan dalam masa sehari dimuat naik.
@arasyizubaidillah Membalas kepada @Mohd Izuan boleh tapi minta support video ni ya . budak istimewa ni buat aku tersenyum
Video yang mendapat respon positif netizen itu juga menerima komen pujian dari mereka yang mengagumi tindakan mulia pelajar tersebut.
Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar sikap yang dipamerkan pelajar istimewa itu dapat menjadi contoh kepada pelajar lain untuk berbuat baik sesama sendiri.
Baca: Ibu Hilang Di Hospital Masa Tunai Umrah, Rupanya Dah ‘Pergi’ Sehari Sebelum Pulang Ke Tanah Air