Sudah biasa kita lihat jika di negara jiran, cara mereka mengejutkan orang kampung untuk bangun bersahur di bulan Ramadan agak unik.
Mereka siap bernyanyi beramai-ramai dari rumah ke rumah demi mengejut penghuninya untuk bangun.
Berarak menyanyi dan bergendang untuk kejut bangun sahur
Nampaknya situasi yang sama juga telah dibuat di sini, apabila tular satu video di TikTok memaparkan penduduk flat Taman Setia yang terletak di Balakong mengejutkan penghuninya bangun sahur dengan bergendang sambil bernyanyi.
Mereka juga dilihat berarak beramai-ramai di atas jalan sambil menolak sebuah gendang kecil melintas laluan antara flat. Fuh meriah!
@
Menerusi kapsyen video berkenaan juga, difahamkan perkara tersebut merupakan tradisi penduduk flat itu yang mempunyai kaitan dengan etnik Bawaen atau Boyan yang berasal dari Pulau Bawaen, Indonesia.
“Bestnya meriahhh!”
Video berkenaan rata-ratanya telah mendapat komen positif netizen yang teruja melihat tradisi flat tersebut, siap ada yang mengakui ia antara momen yang ditunggu-tunggu pada bulan Ramadan saat ingin bersahur.
Walau bagaimanapun, video yang sama juga tular di Twitter dan ia menerima reaksi yang berbeza yang mana rata-rata netizen kurang setuju jika tradisi ini dilakukan atas beberapa faktor.
“Islam tak ajar begini”
Menurut beberapa netizen, tradisi begini tak sesuai diadakan kerana ia mengganggu penduduk yang bukan beragama Islam di samping ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Malah ada juga yang menyentuh tentang adab berjiran dengan mengatakan perkara seperti ini tiada dalam Islam dan dianggap bidaah dalam masyarakat.
Apa pendapat korang tentang isu ini? Bagi min, maybe kawasan tu dah biasa kot dengan tradisi tu. Jadi tak ada masalah lah nak buat tiap kali Ramadan.
Baca: Kewafatan Khadijah R.A. & 7 Peristiwa Penting Ini Berlaku Pada Bulan Ramadan