Aktiviti paranormal dan benda-benda mistik ni selalunya untuk orang yang berani je. Kalau ada yang sanggup cari hantu untuk content pun jarang kita jumpa yang ‘gerak solo’ ni. Tapi abang ni, lain daripada yang lain guys. Dia cari hantu sorang-sorang ya!
Melalui posting di akaun TikTok peribadi miliknya, pemuda yang dikenali sebagai Harrisrozzi ini telah merakam aktiviti paranormal secara solo di Chalet 16, Bukit Hijau, Baling, Kedah. Oleh sebab tempat itu dikatakan sangat ‘keras’ oleh penduduk sekeliling, Harris telah pergi ke chalet tersebut bagi merasai sendiri pengalaman di situ.
Berdasarkan video berdurasi 4 minit 25 saat itu, agak berbeza dengan paranormal yang lain, Harris membaca surah ‘panas’ tanpa memekik suruh ‘makhluk’ itu munculkan diri. Banyak kali bunyi kayu-kayu jatuh dapat didengari. Berkemungkinan ‘makhluk’ itu agak ‘marah’ dan memberi reaksi yang sangat menyeramkan setelah pemuda ini membaca surah-surah ‘panas’ untuk menyeru mereka.
@pusatrawatanattaqwa MISTERI CHALET 16 HUTAN LIPUR BUKIT HIJAU BALING KEDAH. #foryoupage #trending #tiktok #paranormal #paranormaltiktok
Dalam pada fokus melihat video paranormal Harris ini, banyak komen yang diterima daripada netizen di ruangan komen mengatakan suaranya membaca surah itu sangat lah merdu!
Ada yang memuji bacaan surahnya dan mengatakan bahawa dia datang seorang diri bukanlah dengan tangan kosong. Tetapi dah bersedia dengan ‘ilmu’ di dada!
Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang mempersoal tujuannya memanggil ‘makhluk’ tersebut. Kata mereka, tindakannya menggunakan ayat-ayat dan surah ‘panas’ tersebut boleh mengundang satu perkara buruk untuk berlaku kerana demi content, dia dah mengganggu tempat ‘makhluk’ tersebut.
Min rasa tak salah pun nak jadikan sesuatu sebagai content, asalkan kita tahu batas dan segala yang kita lakukan tu tak memudaratkan diri serta orang lain…
Baca: Meremang! Frontliners Dapat Panggilan Dari Rumah Kosong, Rupanya Pesakit Dah Meninggal 3 Tahun Lalu