Bagi kaum wanita, semestinya kebanyakannya sudah terbiasa memakai beauty face mask sebagai salah satu daripada ‘regimen’ kecantikan wajah. Kalau tak pakai seminggu sekali tu, rasa tak lengkap lah.
Terdapat pelbagai jenis produk beauty face mask yang dijual di pasaran antaranya ada yang berbentuk topeng muka, malah ada juga yang seperti krim dan disapu pada wajah yang digunakan sebagai peel-off mask.
Namun, bukan sahaja para wanita, malah ada juga sebahagian kaum lelaki yang teringin untuk mencuba memakai produk kecantikan wajah ini.
Yelah, takkan ladies je nak kulit cantik glowing kan.
Pakai blackhead peel-off face mask
Seperti insiden ‘ngeri’ yang berlaku kepada seorang lelaki dari Scotland ini, dia dikatakan teringin untuk memiliki wajah yang bersih dan cantik dengan memakai blackhead peel-off face mask milik isterinya.
Namun, kejadian yang tak disangka-sangka berlaku apabila dia ‘kehilangan’ keningnya sewaktu cuba untuk menanggalkan topeng wajah itu dari mukanya!
Auchh, sakitnya tuh disini.
Rakaman video yang dimuat naik oleh isterinya di laman Facebook miliknya itu telah berjaya ditularkan dan meraih perhatian pengguna media sosial.
Nak tengok video, klik link ini.
Sapu di keseluruhan wajah kecuali mata
Menurut News18 yang memetik Daily Record, lelaki itu yang dikenali sebagai John Meechan yang berusia 30 tahun telah meminta pertolongan isterinya untuk memakaikan face mask itu ke mukanya gara-gara dia tidak tahu bagaimana cara untuk menggunakannya.
Disebabkan isterinya sibuk, maka dia mengambil keputusan untuk memakai peel-off face mask itu dengan sendirinya.
Lelaki itu yang tidak berapa jelas dengan arahan isterinya supaya tidak menyapu krim itu di bahagian mata telah bertindak pula dengan menyapu krim tersebut di keseluruhan mukanya termasuk kening, jambang dan sebahagian daripada bibirnya kecuali mata.
Dia (isteri) beritahu sapu di kesemua bahagian kecuali mata. Macam mana saya nak tahu tak boleh disapu di kening dan bibir?
Namun, tindakannya menyapu krim itu di keseluruhan wajahnya itu mengundang padah setelah krim peel-off face mask itu kering.
Bulu kening pun ikut tertanggal
Dia yang mengalami kesukaran untuk menanggalkan face mask itu terpaksa meminta bantuan isterinya.
Insiden lucu terjadi apabila isterinya cuba untuk mengopek dan menarik face mask itu sehingga menyebabkan bulu keningnya juga ikut tertanggal!
Ia terwaxing kening awak sekali!
Dalam rakaman itu, kedengaran suara si isteri yang jelas sedang mentertawakan si suaminya sambil memberitahu si suami bahawa keningnya sudah tertanggal gara-gara peel-off face mask tersebut.
Si suami yang tidak dapat menahan sakit sewaktu face mask itu ditanggalkan di bahagian bibirnya sempat bertanyakan isterinya tentang cara lain yang lebih bagus dan tidak menyakitkan untuk menanggalkannya.
Basuh muka dengan air panas
Gara-gara tidak sanggup lagi menahan sakit, John akhirnya bertindak untuk membasuh mukanya dengan menggunakan air panas untuk menanggalkan sisa-sisa face mask itu dari wajahnya.
Menurut John, dia hampir-hampir sahaja mencederakan dirinya sendiri gara-gara memakai produk kecantikan itu.
Tambahnya lagi, masih lagi terdapat beberapa helaian bulu keningnya yang berjaya ‘diselamatkan’ dalam insiden lucu itu.
Kalau inilah apa yang perlu dilalui oleh wanita untuk kelihatan cantik, saya rela memilih untuk menjadi hodoh.
Aduhh tak memasal. Sampai jambang pun hilang.
Baca: Dua Pemuda Dihukum Cukur Kening Gara-gara Kutip Bayaran Parking Daripada Pengunjung Pantai