Betul lah apa orang kata, malang tidak berbau…
Kemalangan boleh saja berlaku di mana-mana kerana ianya merupakan kejadian yang tidak dapat kita jangka. Bukan itu sahaja, ada juga beberapa situasi yang terjadi bukan berpunca dari diri kita sendiri. Misteri kan?
Seperti satu video TikTok yang lalu di FYP min, yang mana beberapa kereta yang memarkir di hadapan Kilang Tenaga, Kepong telah ‘dilanggar’ dengan lori treler selepas dipercayai bergerak sendiri.
@mohdrafi4485 Tiba2 jalan sendiri😰lokasi depan kilang tenaga kepong #fypシ #viral #anokkelatetruckers #trelajalansendiri😰
Boleh dikatakan, bukan salah pemandunya kerana dia mendakwa telah menarik brek sebelum turun keluar dari lori tersebut. Dalam beberapa saat selepas itu, lori tersebut dapat dirakam bergerak dengan sendirinya. Teruk juga keadaan kereta-kereta yang dilanggar tu…
Netizen kongsi tips, ramai kesian dengan pemandu lori
Di bahagian komen, ternyata kejadian itu bukanlah pertama kali terjadi dan rata-rata netizen turut berkongsikan beberapa tips untuk elakkan lori treler daripada bergerak sendiri.
Bukan itu sahaja, seperti yang diminta oleh orang ramai, pemilik akaun Tiktok ini telah memuatnaik bahagian kedua sebagai sambungan kepada video di atas. Korang boleh tengok kat bawah ni.
@mohdrafi4485 Balas kepada @kanda_single1 #part2 #trelajalansendiri😰 #fypシ #viral #anokkelatetruckers
“Besar ujian driver lori tu mesti sedih gile dye pon xminta bende jd allah dh aturkan moga dipermudahkan” – Komen netizen
Oleh itu, orang ramai diminta untuk berhati-hati dan juga double check keadaan kenderaan sendiri sebelum keluar untuk mengelakkan perkara yang tak diingini daripada berlaku.
Untuk driver lori, min doakan semuanya dimudahkan… Korang yang lain, hati-hati kalau nampak kejadian macam ni berlaku…
Baca: “Macam ni mahal pun sanggup beli” – [VIDEO] Cantik! Atok 89 Tahun Dipuji Tulis Jawi Atas Kek