in

[VIDEO] Lelaki Terajang Gadis 14 Tahun Sampai Koyak Tisu Lutut Hanya Sebab Tak Bagi Nombor Telefon

GADIK KOYAK TISU LUTUT

Masih ramai lelaki yang bertindak ganas dan agresif semata-mata mahu dapatkan apa yang mereka mahu walaupun perkara tersebut melampaui batas dan boleh mencederakan serta menyakiti orang lain. Risau la zaman sekarang ni!

Baru-baru ini, seorang gadis @ayangfiza ada memuat naik satu video di TikToknya berkongsi tentang adiknya yang berumur 14 tahun dikasari oleh seorang lelaki berumur 42 tahun.

https://www.tiktok.com/foryou?_r=1&_t=8SytQntVwqf&is_from_webapp=v1&item_id=7106497535442816283#/@ayangfiza/video/7106497535442816283

Maki, tendang lutut gadis 2 kali sebab tak dapat nombor telefon

kick3

Dalam video tersebut, difahamkan yang lelaki berkenaan bertindak menendang lutut gadis yang juga merupakan pekerja di sebuah restoran dalam kejadian pada Ahad hanya sebab tak dapat nombor telefon.

Menurut kakaknya yang lebih dikenali sebagai Fiza, adiknya sedang bercuti sekolah dan buat kerja sambilan untuk memperoleh duit belanja. Ketika kejadian, seorang lelaki datang lalu mengacau adiknya dengan kerap meminta nombor telefon tapi tidak dilayan.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pada mulanya lelaki tersebut memaki adiknya dengan panggilan ‘betina si**. Adiknya tak boleh terima lalu menengking semula dan selepas itu lelaki berkenaan terus menendang adiknya.

Tisu lutut kaki koyak, trauma nak bekerja semula

kick1

Selepas menendang, kawan lelaki berkenaan cuba menenangkannya dan dia terus beredar. Berikutan kejadian tersebut, mereka membuat laporan polis dan adiknya turut pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaaan.

Ternyata, tisu lutut kaki adiknya koyak akibat ditendang 2 kali serta adiknya trauma untuk kembali bekerja memandangkan si pelaku ugut untuk memukul adiknya jika terjumpa di tepi jalan.

Menurut kakaknya, dia berang dengan perbuatan tersebut kerana adiknya hanya mahu bekerja mencari rezeki dan bukan menggatal. Lelaki tersebut juga sudah berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa gadis tersebut serta menganggap si pelaku seorang yang sangat dayus dan menakutkan.

komen tendang

Korang kena sentiasa hati-hati tau! Kejadian macam ni boleh berlaku bila-bila masa sahaja!

Baca: “Dua kali ditendang” – ‘Datuk Glamour’ Didakwa Seksa Amah Indonesia, Paksa Kerja Tanpa Gaji”

bawah 9

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok