in

Video Lelaki Tendang Muka Budak Lelaki Berkali-kali Menaikkan Kemarahan Orang Ramai

page1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Video Lelaki Tendang Muka Budak Lelaki Berkali-kali Menaikkan Kemarahan Orang Ramai
Loading
/

*Kejadian ini tiada kena mengena dengan isu perkauman. Pihak Lobak Merah juga tidak membangkitkan isu perkauman. 

Sebuah video budak Melayu ditangkap kerana mencuri dan diikat tangannya tersebar di aplikasi Whatsapp baru-baru ini.


s0

Video tersebut telah menaikkan kemarahan ramai pihak kerana lelaki Cina yang memarahinya ketika itu bertindak menendangnya berkali-kali di bahagian muka.

Budak Melayu itu dilihat hanya berdiam diri sahaja (tidak berkata apa-apa) dan tidak boleh melawan kerana tangannya diikat dan dikelilingi orang ramai. Namun apa yang menimbulkan persoalan ramai pihak adalah, mereka yang mengelilingi itu hanya membiarkan sahaja dia ditendang berkali-kali di bahagian muka tanpa cuba menghalang lelaki Cina tersebut.

sepak

“Melayu, melayu, melayu.. Satu orang sudah lari”, kedengaran satu suara lelaki di video itu memberitahu orang yang berada di tempat kejadian.

Mungkin budak yang ditangkap itu bersama rakannya tetapi berjaya melarikan diri dan membiarkannya menanggung kesalahan mereka itu berseorangan. Sama-sama buat, sama-sama lah tanggung kan…

“Cibai lu.. Pandai curi ah?” 

“Kalau keluarga lu yang kena (rompak) macam mana? Cuba cakap?”, jerit lelaki Cina ini sambil menuding jari ke arah kirinya (seperti menunjuk ke arah mangsa)

Bagaimanapun, video tersebut hanya merakamkan budak itu, lelaki Cina serta beberapa orang lain. Muka atau kelibat mangsa tidak ditunjukkan, jadi tidak dapat dipastikan adakah warga emas atau orang dewasa.

“Kamu tak fikir satu hari kalau kamu buat orang (rompak) kena tangkap ke? Lain kali mahu buat lagi ke?”

s3

s4

Bersama video itu, satu teks turut disertakan yang memberitahu bahawa wang tunai sebanyak RM1,000 ditawarkan kepada mereka yang memberikan maklumat tentang lelaki Cina tersebut. Mesej daripada Persatuan Veteren Tentera Melayu 1Malaysia itu dipercayai sedang mencuba untuk mendapatkan lelaki tersebut kerana menurut mereka tindakannya melampau dan budak Melayu itu tidak seharusnya diperlakukan sebegitu. Bagi je dekat polis kan senang…

15224780_1280988165256492_589879995_o

Satu ayat yang kurang jelas maksudnya dikatakan oleh lelaki Cina itu,

“Ada orang (?) baik-baik, kamu takmau pergi buat, pergi buat jenayah rompak orang.”

Mungkin lelaki itu cuba mempersoalkan budak itu mengapa tidak jadi orang yang baik, malah budak itu memilih pula untuk melakukan jenayah merompak sebegitu. Mungkin lah..

Selepas beberapa kali menendang muka budak Melayu itu, lelaki Cina tersebut bertanya padanya,

“Cukup tak?” (merujuk kepada tindakannya menendang budak itu).

“Lain kali mahu buat lagi tak?”, tanya seorang lelaki lain.

s2

Tiada maklumat tentang lokasi atau sama ada kejadian ini baru atau sudah lama terjadi, tetapi video yang tersebar di Whatsapp ini menimbulkan banyak persoalan serta kemarahan orang ramai. Ada yang memarahi lelaki Cina itu yang dikatakan melampau dan ada juga yang mengatakan tindakannya itu betul untuk beri pengajaran kepada budak Melayu itu.

Malahan netizen berbangsa Cina yang menonton video ini rata-rata berkata bahawa lelaki (Cina) tersebut memalukan dan menurut mereka perkara ini bukanlah melibatkan isu perkauman tetapi lebih kepada sifat individu itu sendiri.

 

Apa pendapat anda? Tonton video penuh di bawah:

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.