in

[VIDEO] Lelaki ‘Santai’ Tunggang Motor Guna Kaki Sambil Minum Teh Ais ‘Ikat Tepi’, Serah Diri Lepas Jadi Viral

Santai Betul Chorrrr

Semalam, seorang lelaki dicari oleh pihak polis selepas video berdurasi 41 saat yang menunjukkan dia melakukan aksi bahaya di jalan raya viral pada hari Sabtu.

Menurut Harian Metro, video itu menunjukkan lelaki tersebut menunggang motosikal dengan meletakkan kedua belah kakinya pada pemegang sambil menikmati teh ais ‘ikat tepi’. Difahamkan kejadian yang turut membahayakan pengguna jalan raya lain itu berlaku di Jalan Kuching.

V6

 

Berjaya kesan motor

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata pihak polis kemudian mengesan motosikal suspek menerusi alamat yang didaftarkan.

‘Ketika ke rumah terbabit, motosikal itu didapati didaftarkan atas nama seorang lelaki dipercayai bapanya. Susulan itu polis merampas motosikal berkenaan dan penunggang motosikal dipercayai anaknya itu tidak berada di rumah.”

“Suspek dikenali sebagai M Thiruvarasu, 36, beralamat di Selayang baru. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

 

Suspek serah diri

Selepas viral ‘aksi sarkas’ yang dilakukannya ketika menunggang motosikal itu, lelaki tersebut dilaporkan telah menyerah diri kepada pihak polis malam tadi.

Menurut Malaysia Gazette, suspek berusia 36 tahun itu ditahan selepas datang ke Balai Polis Trafik Tun HS Lee pukul 8.45 malam dan direman hari ini.

“Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk menjalani ujian saringan air kencing.”

Keputusan ujian saringan berkenaan mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

V7

 

Tonton video di bawah:

 

Baca: “Macam Mission Impossible” – [Video] Dahsyat! Myvi ‘Selamba’ Pecut Atas Divider Sebab Nak Tukar Lane

Myvi7 768X404 1

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro