in

[VIDEO] Lelaki Sanggup Berkaki Ayam Beri Selipar Yang Dipakai Pada Warga Emas Tepi Jalan

LELAKI BAIK BAGI SELIPAR PADA WARGA EMAS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ramai rakyat Malaysia yang prihatin serta peka dengan keadaan sekeliling terutama sekali dalam memberi bantuan kepada orang yang memerlukan. Malah, makin banyak anak muda yang bersikap tak mementingkan diri sendiri dalam menolong orang lain. Memang baik-baik rakyat kita ni!

Walaupun amal kebaikan kita tidak dilihat orang lain, namun pahala atas kebaikan yang dilakukan sudah tentu dihitung. Lebih-lebih lagi jika kita melakukan kebaikan kepada orang lain serta langsung tidak mengharapkan balasan.


Beri selipar kepada warga emas

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @judedina_ apabila dia ada memuat naik satu video seorang lelaki membantu seorang warga emas yang berjalan tanpa memakai selipar di kakinya.

https://www.tiktok.com/@judedina_/video/7101878104674635034?_t=8SdCPVQz3r7&_r=1

Dalam kapsyen video tersebut, pengguna TikTok berbangsa India tersebut sempat menulis andai ada yang berjumpa dengan lelaki ini, harap dapat ‘salute’ kebaikan yang dilakukannya itu.

Naik motor berstokin sahaja

Selain itu, jelas dapat diperhatikan dalam video yang lelaki bermotor tersebut hanya berstokin sahaja ketika menunggang motosikal selepas memberikan seliparnya kepada warga emas terbabit. Bukan itu sahaja, dia sempat membutangkan baju warga emas tersebut sebelum beransur pergi.

Menjengah ke ruangan komen, ahli keluarga kepada lelaki itu juga ada meninggalkan komen di posting tersebut dengan memaklumkan yang dia memang seorang yang baik dan sangat menghormati ibu bapa mereka. Selain itu, rata-rata netizen berkata ini adalah hasil didikan ibu bapa yang baik serta menganggap lelaki ini sebagai ikon yang sebenar.

KOMEN ADIK

Sifat tolong menolong tak kira bangsa ni patut diamalkan rakyat Malaysia sampai bila-bila!

Baca: “Tolongla empati sikit” – [VIDEO] Syed Saddiq Buka Mulut Isu Veteran ATM Berjemur Tengah Panas”

VETERAN ATM DILAYAN TAK ADIL

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.