Selepas bencana banjir yang menimpa kita, dah banyak tempat yang dinaiki air sebelum ni mula beransur surut. Oleh itu, banyak usaha dari sukarelawan atau mangsa banjir sendiri untuk memulihkan semula kawasan rumah dan mencari semula barangan yang hilang dihanyut air.
Sama seperti video yang Min jumpa di Tiktok baru-baru ini, di mana beberapa orang lelaki yang dikatakan meronda kawasan rumah mereka untuk mencari peti ais yang hilang. Punyalah teruk banjir kali ini, sampaikan peti ais pun boleh hilang.
Namun, situasi jadi lebih menarik apabila peti ais itu dijumpai di tempat yang sesiapa pun tak mungkin dapat duga; di atas pokok.
Melalui klip berdurasi 14 saat itu, seorang lelaki berbaju putih dilihat jauh termenung sambil bercekak pinggang, barangkali bingung memikirkan cara nak bawa turun peti ais tersebut. Alahai, tak tahulah nak kesian ke nak terhibur macam ni…
Siapa saja dapat sangka, barang sebesar peti ais dapat dihanyutkan air sampai ke ruang setinggi itu. Menurut pemilik video itu, mereka dikatakan berjaya membawa turun peti ais tersebut dengan menggunakan galah. Dah macam jolok cempedak pun ada…
“Pokok tu tumbuh peti ais ke?” – Netizen
Perkongsian dari pemilik akaun Tiktok bernama Suhairi itu menerima lebih 600 ribu jumlah tontonan dalam tempoh kurang 24 jam. Rata-rata netizen terhibur melihat kejadian luar biasa itu, namun turut bersimpati terhadap pemuda yang jauh termenung tu. Macam babak filem P. Ramlee pun ada.
Ada juga yang berseloroh, mengatakan peti ais pun dah pandai cari tempat untuk selamatkan diri dari banjir. Itulah, kan? Tinggi pulak tu dia ‘panjat’.
Sabar jelah bang. Musim-musim banjir ni, boleh jadi peti ais pun dok fikir cara nak survive jugak.
Baca: Barang Elektrik Rosak Sebab Banjir? Mungkin Korang Boleh Try Cara Ini