Tanyalah kaum isteri mana pun, kehidupan berpoligami atau bermadu ni adalah satu perkara yang takkan diorang sanggup untuk lakukan. Sampaikan ada yang boleh merajuk berbulan-bulan kalau hal ni diminta oleh suami!
Walaupun ia merupakan salah satu Sunnah Rasulullah yang digalakkan namun untuk berkongsi suami tersayang dengan orang lain bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditunaikan.
Macam satu perkongsian video yang dimuat naik oleh @helmi_juhari di akaun TikToknya yang telah mengejutkan orang ramai.
@helmi_juhari Dia cuba tunjuk ceria depan aku, tapi aku tau dia tgh sedih. #poligami #kawindua #sunnah
“Aku tahu hati dia tak reda…”
Mana taknya, dari video yang dikongsikan itu, difahamkan bahawa isterinya telah memberi keizinan untuk dirinya berkahwin lagi satu siap ajak ‘shopping’ barang-barang untuk meminang bakal madunya.
Apa yang menjadi tumpuan orang ramai dari penulisan luahan isi hati lelaki itu yang mengatakan bahawa dirinya sedia maklum tentang perasaan isterinya yang sebenarnya tak sanggup untuk bermadu.
“Tapi aku tahu hati dia tak reda 100%… Sebab berkongsi suami adalah sukar bagi setiap wanita” – Tulis lelaki itu
“Dah tu kenapa teruskan?”
Luahannya itu telah mengundang pelbagai reaksi dari pengguna-pengguna TikTok yang rata-rata mengecam tindakan lelaki tersebut meneruskan niatnya untuk berkahwin lagi satu walaupun tahu perasaan isterinya.
“Kalau suami aku nak kahwin lagi, aku benarkan.. tapi lepaskan aku dulu ?” – Komen netizen
Bukan itu je, ramai yang turut memberi komen mengharapkan agar isteri lelaki tersebut dikuatkan semangat dan juga tabah meneruskan kehidupan bermadu demi kebahagiaan dalam berumah tangga.
Muka wife dia pun tenang je pilih barang… Mungkin diorang dah bincang betul-betul kot, kita doa yang baik-baik je okay?
Baca: [VIDEO] Pengantin Kecewa, Majlis Kahwin Musnah Gara-gara ‘Wedding Planner’ Datang Jam 1 Petang


