in

[VIDEO] Lelaki Dedah Pernah 4 Hari Tidur Lokap & Dipenjara 1 Hari, Gara-gara Keluar Tak Bawa IC

Keluar Tak Bawa Ic Dipenjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

IC, MyKad atau kad pengenalan adalah salah satu dokumen peribadi yang perlu kita bawa ke mana-mana.

Kad pengenalan yang hilang akan dikenakan bayaran mengikut bilangan kehilangan dan korang tahu tak, pihak polis juga berhak menangkap individu yang gagal mengemukakan IC mereka ketika diperiksa?


Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @Jokercho menceritakan pengalaman silamnya ditangkap di tempat awam gara-gara tidak membawa IC bersama.

Artikel berkaitan: Lelaki Kantoi Guna IC Palsu & Kerja Sebagai Guru Di Sabah Sejak 29 Tahun Lalu

Artikel berkaitan: Lelaki Kantoi Simpan Video Lucah Masa Buat Report Palsu Konon Hilang Mykad

Screenshot 2024 05 13 125009

4 hari masuk lokap

Kongsinya, kejadian itu berlaku ketika dia berumur 16 tahun ketika dia keluar berjalan bersama rakannya di sebuah pusat membeli-belah di Klang.

Pada ketika itu, dia kehilangan IC dan diberikan kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas.

Disebabkan risau kertas berkenaan semakin buruk, dia membuat keputusan untuk menyimpan IC sementara di rumah sahaja.

Kebetulan pula, pada hari kejadian ada sekumpulan warga asing ditahan oleh anggota polis ketika dia berada di sana.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba dia juga diminta untuk ke tepi bagi tujuan pemeriksaan sebelum menyedari dia tidak membawa IC sementara yang disimpan di rumah.

Disebabkan itu, dia juga digari bersama tahanan lain dan dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

“Ada polis minta IC, masa tu aku tak bawa IC. Tak banyak cerita, aku kena gari. Member aku lepas sebab dia ada IC. Aku pesan suruh dia beritahu bapa aku.

“Naik trak ramai-ramai pergi balai polis. Masuk tiba-tiba ada orang kenal, orang kampung kat situ. Dia jaga aku dalam itu selama empat hari,” kongsinya.

Jelasnya, dia telah ditahan di lokap selama empat hari sebelum dibicarakan di mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara selama satu hari.

“Aku cakap tuan hakim saya janji saya tak buat lagi dan akan bawa IC pergi mana-mana. Hakim ketuk tukul, dia kata penjara sehari.

“Orang sebelah pula kata jangan risau sebab sehari penjara tu duduk penjara mahkamah je,” katanya lagi.

@thejokercho

#fypシ゚viral #nodrugsnoalcoholnoganja

♬ bunyi asal – 𝐉𝐎𝐊𝐄𝐑𝐂𝐇𝐎 – 𝐉𝐎𝐊𝐄𝐑𝐂𝐇𝐎

Ketika dia berada di penjara mahkamah, dia meluahkan rasa menunggu yang dikatakan selama 4 jam itu seolah-olah 4 tahun lamanya.

Susulan perkongsian kisahnya, dia turut mengingatkan orang ramai bahawa kegagalan menunjukkan kad pengenalan apabila disoal pihak berkuasa boleh dikenakan denda RM2,000 atau penjara sehari seperti yang dialaminya.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.