Untuk mereka yang gemar memancing, pastinya ‘mengigil’ kalau ternampak atau terjumpa kawasan air yang mungkin membuahkan hasil. Kalau geng-geng ‘otai’, pastinya dah tahu mana kawasan air yang ada ikan Dan mana yang mungkin membuatkan masing-masing pulang dengan hampa.
Namun, adat dalam memancing, pastinya akan ada cerita masing-masing. Kalau zaman majalah Mastika dahulu, banyak perkongsian yang ceritakan kaki-kaki pancing ni berdepan dengan cerita mistik ataupun seakan-akan diganggu semasa memancing.
Sebut pasal gangguan ni, selain daripada gangguan mistik, ada kalanya aktiviti memancing terpaksa dipendekkan kerana ‘gangguan’ daripada Sang Bedal yang biasanya ada di muara-muara sungai atau menurut kata-kata mereka yang arif, kawasan yang mempunyai banyak udang galah kerana ianya makanan kegemaran buaya.
Baru-baru ini, seorang lelaki di TikTok telah kongsikan tips yang boleh menyelamatkan nyawa para pemancing terutamanya mereka yang gemar memancing di kawasan paya.
“Hai gais, untuk kamu yang suka memancing di rawa-rawa (kawasan paya) perhatikan lopak-lopak berikut”
Menurut perkongsian tersebut, lelaki itu meminta para pemancing untuk berhati-hati dengan kawasan lopak-lopak air yang kelihatan tenang dan berkemungkinan dianggap selamat. Ini kerana, lopak tersebut sebenarnya ‘perangkap’ haiwan pemangsa seperti ular atau buaya.
@speers_1791♬ suara asli – Bang speers_1791
Difahamkan, kawasan tebing yang mempunyai air tersebut sering dijadikan tempat minuman haiwan kecil seperti musang, burung dan juga rusa. Secara tidak langsung, ia menjadi tempat tumpuan yang ‘mudah’ untuk mendapat mangsa.
Dalam video tersebut, ternyata perkara tersebut terbukti selepas lelaki tersebut melakukan ujian terhadap kawasan tersebut dengan membaling sebiji batu. Ramai yang terkejut dengan haiwan yang melompat keluar untuk ‘menyambar’ batu tersebut.
Walaupun hanya merujuk haiwan tersebut sebagai ‘predator besar’, dengan jelas kelihatan ianya sebenarnya seekor buaya yang bersaiz agak besar jilka diperhatikan melalui saiz atau panjang bahagian kepalanya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang terkejut dengan keberadaan sang bedal disitu selain ramai yang berterima kasih atas tips yang dikongsikan oleh lelaki tersebut. Ternyata perkongsian tersebut memberikan manfaat kepada ramai.
Setakat ini, perkongsian tersebut telah mendapat 1.5 juta tontonan selain menerima lebih 50 ribu komen oleh warga TikTok.
Ha, geng-geng kaki pancing tu mungkin boleh cuba lepas ni. Tapi, jangan korang buat dekat ‘kolam pancing’ pulak, kena jerkah dengan orang lain nanti. Hihi~