Kira-kira jam 6.46 pagi tadi, Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim (MRCC) telah mendapat aduan dari kapal Sapura Construction yang mendapat signal kecemasan dari kapal Dayang Topaz yang terletak di di kedudukan 7.7 batu nautika dari Kuala Baram.
Ekoran dari ini, bantuan telah bergerak ke lokasi membawa tiga kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia di Miri bersama-sama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.
Menurut Awani, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som mengatakan, seramai 125 krew telah terjun ke dalam laut untuk selamatkan diri manakala 62 orang krew lagi masih di atas bot pada jam 9.47 pagi.
Syukur alhamdulillah, 124 mangsa telah dpt diselamatkan, 62 mangsa selamat di atas Dayang Topaz, dukacita dimaklumkan seorang mangsa ditemui meninggal dunia.”
Siasatan awal mendapati, insiden ini berpunca dari salah satu kabel sauh terputus ekoran daripada cuaca buruk menyebabkan kapal hanyut dan melanggar platform pelantar minyak baramB.
A Malaysia ship ‘Dayang Topaz’ which is anchored off Miri, Sarawak, has drifted, after one of its anchors believed to snap during bad weather and stormy seas, and collided with an oil platform ‘beramB’ early today. Over hundred crew jumped ship after the crash – MMEA vidwitness pic.twitter.com/gYkwea2hNP
— Kuala Lumpur Reporter ?? (@KL_Reporter) October 27, 2020
https://twitter.com/BernamaTV/status/1320916887555895296?s=20
https://twitter.com/KPMaritimMsia/status/1320929473311567872?s=20
Semua mangsa yang diselamatkan kini dalam pelayaran ke Miri oleh kapal-kapal penyelamat manakala dua mangsa yang cedera pula diterbangkan ke Hospital Miri menggunakan pesawat Petronas.