Tindakan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi berlagak seperti polis trafik sekali lagi mendapat tumpuan dan mengundang kemarahan rakyat Malaysia.
Video berdurasi 3 minit itu tular di Facebook sejak semalam dan pihak polis kini sedang mengesan individu terbabit.
Aksi lagak marshal di jalan awam
Dalam video tersebut, dilihat marshal tersebut mengarahkan kenderaan awam untuk memperlahankan kenderaan dipercayai untuk beri laluan kepada geng-geng motor dia.
Menerusi Kosmo! Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata kira-kira dalam 20 biji motosikal melalui jalan tersebut.
Tegas beliau, marshal tidak ada kuasa untuk memberi arahan bagi tujuan menahan, memberhentikan atau melencong kenderaan tanpa kehadiran mana-mana pegawai polis.
https://www.facebook.com/inforoablock/posts/190004530006020
Jelasnya lagi, kejadian dalam rakaman tersebut dipercayai bergerak dari arah Kuala Sungai Baru, Alor Gajah di Melaka melepasi kawasan Jalan Tanjung Agas, Pasir Panjang Port Dickson.
“Pihak polis tidak berkompromi dengan mana-mana ahli kumpulan yang berlagak sebagai polis trafik dalam mengawal lalu lintas yang mana boleh mendatangkan bahaya dan menyekat hak-hak bergerak di jalan awam,”
Bagi mana-mana individu memiliki maklumat kejadian, Aidi Sham menyeru untuk salurkan ke penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06 6472222.
Siasatan dijalankan megikut Seksyen 21 Akta Polis 1967, Sekyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (halangan lalulintas) dan Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59(Kaedah 12(3)(A).
Baca : Polis Kemaman Muat Naik Gambar Berhenti Di Lampu Merah, Saja ‘Usik’ Abang Marshal Viral