in

[VIDEO] Kreatif! Pemuda Layan Kehendak Pelanggan Ingin ‘Roti Telur Biawak’

8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini suka makan roti canai?

Mana-mana penggemar roti canai pasti jelas yang ia datang dalam pelbagai jenis dan bentuk. Ada roti telur, roti sardin, roti bom. Kalau yang tinggi sikit, namanya roti tisu. Tapi korang pernah tak nampak roti canai bentuk biawak? Haa… tak pernah kan?


Melalui akaun Tiktok @abangterbang, peniaga roti canai ini dilihat melayan kehendak pelanggannya yang meminta roti telur biawak.

Menariknya, penebar roti canai itu berjaya menyiapkan roti berbentuk biawak berserta dua biji telur separuh masak bersebelahannya. Roti ‘biawak’ itu dilihat serba lengkap dengan segala bahagian termasuklah kepala, kaki dan ekor yang tirus.

Pada awal video, pemuda tersebut menebar adunan roti itu dengan kaedah biasa, sebelum memotong sebahagian kecil untuk diasingkan. Dia kemudiannya melipat roti itu secara memanjang dan akhirnya memasukkan potongan kecil tadi untuk dijadikan empat kaki ‘biawak’.

Pemilik klip tersebut dikatakan berniaga di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Perkongsian dari penebar roti canai itu menerima lebih 900 ribu tontonan dan 50 ribu like di Tiktok. Makin ramailah serbu kedai dia nanti ni.

Di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan idea luar kotak dari pemilik video ini. Ada juga yang memuji usahanya melayan permintaan aneh dari pelanggan. Punyalah banyak haiwan, biawak jugak yang dimintanya.

11 215   12

Ada juga netizen berseloroh meminta bentuk haiwan juga. Siap ada yang takut roti tu berjalan!

131416

Kreatif betul ‘Abang Terbang’ ni. Walaupun bentuk biawak, tapi Min tengok pun lapar!

Sumber: Tiktok

Baca: “Lemah lembut tebar roti” – [VIDEO] Lama Tak Berlakon, Viral Video Buntat Kerja Buat Roti Canai di Jitra

0 1 1

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.