Baru-baru ini telah tular sebuah video yang dikongsikan oleh seorang gadis yang meluahkan rasa terharu apabila tunangnya sanggup mengayuh basikal dari Selangor ke Perak semata-mata untuk bertemu dengannya.
Bercakap lanjut mengenai video berkenaan, wanita itu memberitahu pada awalnya dia tidak mengetahui apa-apa pun mengenai kejutan tersebut yang dirancang oleh tunangnya.
Gadis itu turut mengakui bahawa dia berasa bimbang apabila tidak dapat menghubungi tunangnya itu sekali gus terfikir-fikir apa yang telah terjadi kepada lelaki berkenaan.
@
Difahamkan, tunang kepada gadis itu bertindak mengayuh sejauh lebih kurang 126 kilometer seorang diri semata-mata untuk berjumpa dengan gadis berkenaan.
“Dia berbasikal sejauh 126KM untuk datang jumpa saya dari Selangor ke Perak. Masa ni dia langsung tak reply chat dekat Whatsapp seharian I risau gila sebab tak tahu dia buat apa.”
“Keesokan harinya, I kerja shift pagi tau, time tu memang I mengantuk gila, sebab malam tak cukup tidur, fikirkan mana ayang I pergi.”
Gadis tersebut yang juga seorang staff supermarket itu akui, dia terkejut apabila ada pelanggan yang datang pada waktu subuh untuk membeli aiskrim.
“I kerja dekat supermarket tau, so pagi pagi i nampak ada customer beli ice cream, I pun hairan lah, makan ice cream pagi pagi. And otak I pun still dekat rumah time tu, masih blur blur, tengok-tengok orangnya macam kenal hmm rupanya cinta hati saya. Walaupun LDR (hubungan jarak jauh), effort nak jumpa tu sangat mahal,” tulis Lia dalam video berkenaan.
“Effort dia memang A++” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan effort yang ditunjukkan dalam hubungan mereka meskipun mereka berada dalam hubungan jarak jauh. Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan warganet yang mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan.
Sweetnya! 126KM tu bukan dekat tau gais!