
Bayangkan perasaan seorang anak yang masih kecil terpaksa melihat sendiri ibu ayah merosakkan diri sendiri.
Itulah yang berlaku dalam sebuah rakaman video yang viral dikongsikan di Internet.
Kanak-kanak cuba kejutkan mak ayah ‘lalok’
Dalam rakaman video itu, seorang budak lelaki sedang berusaha untuk mengejutkan seorang lelaki dan wanita yang berada dalam keadaan separuh sedar, di dalam sebuah bas.
Kanak-kanak dalam lingkungan 4-5 tahun itu sedaya upaya bercakap dengan mereka sambil makan sebungkus keropok dan sebotol minuman.

Kanak-kanak berkenaan asyik berkata “Itu hentian kita, kita terlepas hentian kita!”
Video yang dirakamkan dalam sebuah bas itu dipercayai berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat.
Tunduk perlahan bagai robot
Seorang lelaki dipercayai ayahnya dilihat berdiri di hadapan kanak-kanak terbabit dan menunduk perlahan bagai robot.
Dia seperti nak mengangkat dua telefon bimbit yang berada di atas lantai sebelum bangkit semula dan turun perlahan-lahan sekali lagi.


Malah terdengar juga suara seorang penumpang yang meminta lelaki itu duduk, dalam video itu.
Seorang wanita dipercayai ibu kanak-kanak terbabit pula kelihatan khayal dan asyik tergaru-garu mukanya.
Aksi menggaru dipercayai akibat OD
Menurut laporan Daily Mail, aksi menggaru itu dipercayai akibat penagihan dadah terutamanya heroin dan tanda-tanda itu adalah aksi penggunaan berlebihan atau overdosed (OD).
Heroin mengandungi kandungan antihistamin, iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk merawat alahan atau alergi.
Kalau histamin berlebihan, ia akan cetuskan keradangan dan boleh menjejaskan saraf di dalam kulit sehingga menyebabkan kulit berasa gatal.
Tak sanggup biarkan anak sendiri melihat mak ayah lalok macam ni. Sampainya hati korang!