Kejam! Demi nak melepaskan diri daripada ‘musibah’ yang bakal menimpa dirinya, musibah lain pula dia berikan kepada orang lain.
Tular di media sosial sekarang berhubung dengan kejadian pagi tadi di sebuah lebuhraya di Shah Alam terhadap tindakan selfish pemandu Proton Wira yang ingin cuba melepaskan diri daripada ditahan oleh Polis Trafik.
Cabut lari daripada polis sampai gilis orang
Apa yang kejamnya adalah, Proton Wira tersebut terlanggar motosikal di hadapannya ketika nak tukar lorong sehingga menggilis penunggangnya tanpa berhenti dan terus cabut lari!
Perbuatan kejam itu dirakam menerusi dashcam pengguna jalanraya tersebut.
Jenis perangai s1al. Harap kena tangkap la then tibai beramai-ramai dulu. Kejadian di Shah Alam pagi tadi. pic.twitter.com/ucwpVvOGzW
— OH! MEDIA (@ohtweet) September 18, 2020
Siasatan awal mendapati bahawa proton Wira berkenaan disyaki dipandu dan dinaiki dua lelaki warga Indonesia dan kini polis sedang kesan dan menjejaki mereka.
Menurut sumber lagi, mangsa yang dilanggar itu merupakan anggota polis Inspektor Ismail Aun dari trafik Shah Alam berusia yang 55 tahun, dia cedera di kaki dan sakit anggota badan akibat rempuhan tersebut.
Baca : Polis Johor Cedera Lepas Dirempuh Mat Rempit Yang Cuba Lari Dari Roadblock Ops Motosikal