in

[VIDEO] Kenapa Islam Larang Makan Babi? Mualaf Kongsi Jawapan Terbaik Jika Disoal Non Muslim

Kenapa Islam Larang Makan Babi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti pernah ditanya rakan-rakan non Muslim tentang sebab orang Islam dilarang memakan daging babi. Agaknya, apa yang korang akan jawab?

Seorang pendakwah mualaf berbangsa Cina yang dikenali dengan panggilan Brother Lim Jooi Soon telah berkongsi jawapan terbaik yang boleh diberikan sekiranya kita ditanya tentang perkara itu.


Menerusi klip video yang dimuat naik di akaun TikToknya, beliau menyatakan kebanyakan orang Islam akan memberi jawapan daging babi tidak boleh dimakan kerana ia dianggap sebagai najis.

Bagaimanapun, jawapan tersebut mungkin kurang jelas kepada non Muslim kerana pemahaman yang berbeza mengenai konteks najis.

@limjooisoon

Kenapa Islam larang makan khinzir? #islam #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #muslim #limjooisoon

♬ Islam – Lafina

“Kita punya definisi najis dengan non Muslim faham punya najis adalah dua perkara berbeza. Najis dalam Islam dipanggil ‘impurities’, tetapi non Muslim punya najis adalah tahi,” katanya.

Selain itu, ada juga segelintir Muslim yang memberi jawapan daging babi mempunyai banyak cacing dan kuman.

Namun, beliau berpendapat jawapan tersebut agak bahaya dan tidak relevan untuk zaman sekarang kerana teknologi kini mampu membunuh pelbagai jenis kuman.

Brother Lim menjelaskan sepatutnya kita memberi jawapan yang disokong oleh hujah yang bersandarkan Al-Quran dan sunnah.

“Kalau orang tanya kenapa tak boleh makan? Jawab, kita tak makan sebab ini perintah Allah SWT. Allah SWT adalah pencipta seluruh alam ini. Dia tahu tak tentang ciptaannya? Pasti dia tahu dan dia melarang, kenapa? Kita tak tahu sebab. Allah SWT dan Nabi tak sebut sebab apa. Kita tak makan sebab perintah Allah SWT. Full stop,”katanya.

Perkongsian video tersebut telah meraih sehingga 3.6 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam dimuat naik di laman TikTok.

Ringkas dan padat jawapan yang diberikan!

Baca: “Confident tahap dewa” – Wanita Kena Troll Sebab Dakwa Produk Rempah Ada Babi Padahal…
Ft Wanita Kena Troll Dakwa Ada Babi 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.