in

[VIDEO] Kena Sidai 2 Jam, Warga Emas ‘Didukung’ Masuk Bank Hanya Untuk Tukar Kad ATM

warga emas tukar kad atm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan urusan bank memerlukan individu berkenaan untuk masuk ke dalam premis bank, tapi kalau dia mempunyai kekangan yang menyebabkan dia tak boleh nak masuk, macam mana?

Selalunya, diatas budi bicara pegawai tersebut mungkin ada urusan yang boleh dibuat dari dalam kereta sahaja.


Namun itu bukan apa yang terjadi pada Niza Abd Ghani, menerusi video yang dikongsi, dia meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan layanan pihak bank kepadanya yang dianggap tidak bertimbang rasa.

Menurut Niza, dia terlebih dahulu telah menghubungi pusat khidmat pelanggan untuk memaklumkan keadaan bapanya yang tidak boleh berjalan akibat strok dan meminta cara lain bagi memudahkan urusan penukaran kad ayahnya itu.

Pada awalnya, pihak bank bersetuju dan memberitahu Niza untuk membawa bapanya ke premis dan akan ada pegawai bank yang akan keluar untuk berurusan dengan pelanggan.

Tetapi, perkara yang sebaliknya pula berlaku apabila pekerja itu berkeras supaya ayahnya perlu memasuki bank untuk proses urusan tersebut, lapor mStar.

Susulan itu, wanita tersebut terpaksa meminta bantuan orang lain untuk mengangkat bapanya dari dalam kereta supaya dibawa masuk ke dalam bank tersebut.

Screenshot 2022 11 11 131801

“Sekarang saya dah bawa masuk bapa saya dalam bank. Dua jam datang sini tunggu dalam kereta macam orang b*d*h tau. Centre KL cakap lain, sini cakap lain. Macam mana prosedur ni? Menyusahkan orang tua,” katanya.

Setelah berjaya membawa ayahnya masuk ke dalam bank berkenaan, sedikit kekecohan telah berlaku di dalam bank tersebut apabila wanita itu mempersoalkan layanan buruk yang diterima mereka.

Tambah Niza, dia tidak berdepan masalah sama semasa berurusan dengan sebuah bank lain bagi tujuan yang sama.

Kesiann pak cik ni, sepatutnya kita bantu lah apa yang boleh dibantu untuk mudahkan urusan dia..

Baca : Mesin ATM Atas Gunung Ini Diiktiraf Paling Tinggi Di Dunia, Terletak Pada Altitud 4,693 Meter

ATM tinggi 758x421 1

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.