Warga asing yang bekerja di negara kita sering kali dikaitkan dengan perwatakan yang negatif dan sebagainya. Tapi, korang tahu tak sebenarnya tak semua warga asing macam tu.
Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok mengenai seorang gadis yang berkongsi momen indah ketika meraikan birthday seorang pekerja asing di kedai mamak favourite mereka telah menjadi bualan warganet.
Happy Belated Birthday Sankar!
@nasikerabu77 Pardon my sister’s aggresive clapping while recording but our fav waiter at our fav mamak is going back to his hometown soon 🥹 happy belated bday sankar 🫶🏼
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat si ibu mengeluarkan sebuah kek semasa memberikan kejutan untuk pekerja favourite mereka di sebuah kedai mamak yang selalu dikunjunginya.
Difahamkan, pelayan kedai mamak yang bernama Sankar itu akan pulang ke kampung halaman tidak lama lagi.
Oleh itu, mereka telah memutuskan untuk membeli sebiji kek serta membuat kejutan dengan menyambut hari kelahiran Sankar yang merupakan pelayan kegemaran mereka.
Dari video tersebut, kelihatan riak wajah Sankar bertukar menjadi terkejut dan gembira apabila kek tersebut dikeluarkan dan dia juga sempat memeluk si bapa sebagai tanda terima kasih.
Semasa artikel ini ditulis, video yang dikongsi oleh Amelia itu telah mendapat lebih 200K tontonan dan meraih hampir 50K tanda suka di laman sosial TikTok dalam masa sehari.
“If ada orang appreciate kita macam ni walaupun bukan sesiapa, weh i cry tauu” – Netizen
Meninjau ke ruagan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan terharu di atas layanan dan penghargaan yang diberikan kepada Sankar dan ada juga warganet yang menitipkan doa kepada keluarga tersebut di atas tindakan yang baik hati itu.
\
Awww baiknya family nii! Happy Belated Birthday Sankar! 😀
Baca : [VIDEO] Pelancong Australia ‘Share’ Pengalaman Bercuti Di Malaysia Buat Netizen ‘Triggered’