in

[VIDEO] Kecoh! Bengang Lembu Dicuri, Kereta Didakwa Pelaku Dibakar & Diterbalikkan Sekumpulan Penternak

bakar car 1

Haiwan ternakan merupakan mata pencarian mereka yang berada dalam industri penternakan, pastinya jika ada perbuatan khianat, mereka akan terkesan dengan sangat teruk.

Sebuah video telah tular di Facebook dimana sekumpulan lelaki bertindak menterbalikkan dan membakar sebuah kereta kepunyaan seorang individu yang dipercayai mencuri lembu di kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/inforoablock/videos/666184017816714

Difahamkan, insiden tersebut berlaku di Felda Neram, Kemaman, Terengganu, video berdurasi 40 saat itu tular di media sosial sejak kelmarin dan dikatakan ia berlaku kerana sekumpulan lelaki bengang apabila lembu ternakan mereka dicuri.

Menerusi laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes tersebut.

Dia berkata, berdasarkan maklumat awal, insiden tersebut disyaki berlaku di tepi jalan Felda Bukit Kuantan menghala ke Felda Neram 1, Jabor di sini.

“Kita masih menyiasat punca sebenar kenderaan itu dibakar. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Kesalahan khianat dengan api itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Bagaimanapun, Hanyan menyatakan dakwaan kenderaan pelbagai guna jenis Honda Odyssey digunakan untuk membawa lembu yang dicuri masih belum dapat dipastikan kerana tiada aduan berhubung kes kecurian haiwan itu diterima setakat ini.

Jaga-jaga, jangan tersilap langkah ya!

Baca: “Kejamnya!” – Didakwa Angkara Khianat, Polis Siasat Kematian Lebih 15 Ekor Kucing di Terengganu

Untitled design 2022 04 12T162133.292